LELAKI TTC, TTC

5 KESAN STEROID KEPADA ‘ABAM SADO’

“Dr, kalau ambil steroid gym sperma subur atau tidak?”

5 Kesan Utama Pengambilan Steroid Terhadap Kesuburan Lelaki.

  1. Kilang Telur Lelaki “Tak Bernafas” aka “Batu Mengecut”

Effect daripada steroid ni, dia akan menyebabkan pembuluh darah anda menyempit – Vasoconstriction. Jadi, kilang telur dia mengecut dan menyebabkan dia tidak bernafas dengan cantik dan juga menyebabkan penghasilan sperma terganggu.

2. Mula Ada Ciri-Ciri Wanita

Steroid ini juga boleh mimik kepada hormon estrogen jadi effect dia kepada lelaki – pengumpulan lemak mudah berlaku dekat payudara dan juga dekat perut.

3. Badan Bertoksin

Ada kajian yang 12 atlet ni tak ambil sebarang steroid.

Manakala,

16 orang atlet ni mengamalkan pengambilan steroid.

So, masa nak buat aktiviti sukan, dorang punya stamina semua okay. Tapi effect pada enzim hati dia ada perubahan.

Selepas 3 bulan, dia stop penggunaan steroid, baru lah enzim hati dia normal balik. So, hati ni adalah organ penting yang mana fokus hati nak pecahkan lemak dan juga pecahkan toksin. Kalau enzim tu berubah, dia akan ganggu proses perkumuhan toksin.

4. Risiko Serangan Jantung

Steroid akan merendahkan kolesterol baik dan dia akan meningkatkan kolesterol jahat. HDL ni adalah kolesterol baik yang mana dia lebih ringan. Dan fungsinya adalah dia nak mengikut kolesterol jahat yang termendap dalam pembuluh darah untuk dipecahkan menjadi tenaga atau dikumurkan.

5. Kurang Subur

Kuantiti dan kualiti air lelaki boleh mengurang. Bermakna kuantiti dan kualiti kelajuan sperma pun boleh berkurang sepanjang pengambilan steroid.

Ada kes yang mana bila dia stop pengambilan steroid selepas 3-4 bulan, dia punya kilang telur lelaki tu boleh bangun kembali.

Ada juga kes yang mana kilang telur dia tak dapat nak dipatah-balik dan menyebabkan kemandulan.

Jika ada mengambil sebarang ubat steroid – pastikan dalam prescription Doktor sebab steroid ni adalah ubat terkawal. Jangan ambil berlebihan, okay! 🙂

Sayangi benih kita hehe <3

Untuk subur lelaki boleh ambil susu kambing Efferty perisa coklat.

Boleh beli di sini.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *