TTC

5 Tanda Rahim Tak Sihat

Tanda yang ke-5 ni mungkin agak common..TAPI, kalau anda dah start ada, kena berjaga-jaga lah.

  1. Berlaku pendarahan di luar waktu haid.

Maknanya, antara tarikh haid tu dia keluar lagi bleeding. Mungkin hari pertama tu, contohnya:

1 July dah turun haid, tapi pada cycle day yang ke-15 tu dia turun haid lagi. Kena suspek lah, mungkin ada fibroid ke uterine polyps ke, atau ada isi lebih dekat dinding rahim.

2. Sakit semasa ‘bersama’

Sama ada fibroid atau pun mungkin sel endometrium tu dah melekat-lekat dekat luar rahim, endometriosis.

Atau pun sel endometrium tu dah tertumbuh dalam otot rahim, adenomyosis yang berkait dengan perubahan struktur sistem peranakan.

Simptom dia adalah rasa sakit ketika penetrasi di dalam.

Kalau rasa sakit selepas di luar, mungkin berkait dengan ovarian cyst. Mungkin hanya luka je dekat ‘bawah’ tu. Ha..kurang pelinciran semula jadi lah.

3. Miss ‘V’ sentiasa basah

Maksudnya, basah dengan keluar cecair. Dia bukan pada waktu subur, bukan keputihan lendir tanda subur & bukan di fasa penempelan.

Sebab, kalau fasa penempelan, biasanya memang akan keluar ‘air’ sikit. Tapi dia ‘basah’ ni ada warna yang bukan warna putih. Warnanya selain daripada warna putih.

Sama ada, kalau tengok keputihan dia tu dah sampai warna coklat ataupun dah kekuning-kuningan – disertai dengan perasaan gatal-gatal dekat ‘bawah’ tu tandanya rahim tak sihat. Tandanya ada jangkitan kuman.

4. Sakit pinggang

So, simptom yang ini agak general tapi sakit pinggang dia tu on off terutama time period atau pun sakit pinggang tu rasa dia masa tengah bukan bergerak. Dalam keadaan rehat pun dia sakit pinggang.

Kalau dia bergerak baru sakit pinggang, tu lebih berkait dengan otot. Mungkin ada something wrong lah melekat sama ada otot dia sendiri yang tengah lesu atau otot-otot biasa.

Ataupun mungkin otot rahim dia dah melekat-lekat dekat luar (ni kalau on movement).

Tapi, kalau sakit pinggang tu dalam keadaan rehat, yang ni kena suspect lah, mungkin ada something wrong dan ada ketumbuhan dekat rahim.

5. Kembung perut dan selalu kentut-kentut

Haa.. ni antara tanda sahaja ya. Bukan nak kata kalau ada simptom ni confirm rahim tak sihat tapi hanya tanda sahaja.

Tanda ke-5 ni antara tanda lazim untuk orang yang ada cyst dan juga fibroid. Dia boleh kentut-kentut dekat bawah Miss V / kentut faraj.

Boleh juga kembung oerut dan juga kentut dekat ‘belakang’.

Haa..ni jugak antara tanda-tanda kanser ovari.

So..ini hanya lah tanda sahaja. Apa-apa hal pun kalau anda rasa macam ada something wrong dekat rahim tu better pergi scan dan jumpa lah Doktor.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *