Hari ni adalah hari yang sangat seronok bagi seorang Dr. Raihana. Saya dapat peluang untuk mengikuti program bersama Media Prima. Bersama-sama dalam kumpulan Titan, Dato Wira Azizan Osman, dan juga segerombolan rakan usahawan ternama seperti Rizman, seorang designer terkenal.
Turut hadir rakan usahawan yang lain, selebriti yang tersohor, dan DJ terkenal seperti AG, Johan, dan ramai lagi. Semua berkumpul untuk melihat sendiri sekitar studio-studio Media Prima yang terkenal itu, termasuklah set Wanita Hari Ini, TV3, Studio HOT fm, dan studio-studio di sebalik tabir yang mengendalikan rancangan-rancangan TV yang begitu popular.
Saya sangat confident yang saya matlamat yang jelas dalam perjalanan ini – saya nak mencari peluang untuk membawa Efferty ke dalam dunia TV, memperluaskan lagi kuasa Efferty. Semangat saya begitu membaraaaa tauu, dan saya yakin bahawa impian ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Bagi saya, program ini adalah satu pengalaman yang mengujakan. Sebabnya saya sangat teruja untuk mempelajari lebih lanjut mengenai apa yang berlaku di sebalik tabir produksi TV dan bertemu dengan orang-orang berpengaruh yang menjayakan setiap program yang selalu ditonton oleh masyarakat Malaysia. Semuanya adalah inspirasi besar bagi saya.
Insya Allah, Efferty akan tampil di rancangan TV tidak lama lagi. Mungkin kami akan membuat penampilan istimewa dalam drama atau menaja mana-mana rancangan TV atau anugerah bintang popular. Hehe, berangan dulu tak salah kan?
Saya berharap agar semua dapat mendoakan Efferty agar terus cemerlang dan terbang tinggi dalam dunia hiburan dan industri keusahawanan. #EffertyOnTV #MediaPrimaExperience #BerkaryaDalamDuniaTV #ImpianYangDikongsikan
Dr saya nak tanya.. saya ada masalah period tak teratur. Lepas kahwin berlaku. saya jumpa doktor dan diberi unat turun darah. Ubat tu kena makan 3 kali cycle. Alhamdiulillah lepas makan ubat tu turun period mengikut cycle. Tapi selepas 3 bulan tu jadi semula period tak teratur. saya tak datang selama 2 bulan.Saya dah amalkan efferty 4 jar.. bulan lepas datang. Tapi bulan ni lewat 7 hari. Saya buat upt negative. Saya perlu teruskn minum ya efferty ni? Atau saya perlu jumpa doktor semula.
Hi Puan Wanie 🙂
Puan kena check dulu dengan Doktor ya, maybe ada PCOS atau masalah2 lain yang menyebabkan period tak teratur. Sambil makan ubat nak consume susu Efferty pun takde masalah sebab susu Efferty ni susu kambing yang tak beri kesan buruk sekiranya ambil dengan apa2 ubat.