Bermimpi untuk merasai sepasang bayi di dalam kandungan? Tetapi, merasakan ianya tidak
mungkin bagi anda? Pada hakikatnya, idea untuk mendapatkan anak kembar mungkin tidak
terlalu mustahil. Fakta sememangnya menyatakan bahawa mendapat anak kembar adalah
bergantung pada beberapa faktor. Ianya termasuklah rawatan kesuburan, keturunan, umur,
genetik, dan jenis tubuh. Segalanya memainkan peranan dalam meningkatkan peluang
tersebut.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEMBAR?

Kembar merupakan kelahiran yang melebihi satu apabila ibunya melahirkan dua anak daripada
kandungan yang sama. Biasanya pasangan kembar ini boleh mempunyai jantina yang sama
atau berlainan jantina. Kelahiran berganda yang lebih dari dua disebut kembar tiga, kembar
empat, kembar lima dan seterusnya.
Kembar manusia pula merupakan dua individu bayi yang berkongsi uterus pada masa yang
sama dan selalunya lahir berturut-turut dalam jangka masa yang dekat ataupun lambat sedikit.
Disebabkan saiz rahim ibu yang terhad, biasanya ibu bayi kembar ini jarang mengandung
sehingga tempoh penuh 40 minggu.
Purata kembar dua cuma 37 minggu, iaitu kelahiran pra matang. Disebabkan kelahiran pra
matang boleh memberikan kesan kepada kesihatan bayi, kelahiran kembar sentiasa diawasi
dengan langkah beringat-ingat serta diberi penjagaan yang rapi.
PETUA MENDAPATKAN ANAK KEMBAR
Disebabkan kesukaran untuk hamil dengan anak kembar, majoriti pasangan suami isteri
sanggup melakukan apa sahaja untuk meningkatkan peluang untuk mendapatkan anak
kembar.
Jadi, jika anda mengimpikan anak kembar dan ingin tahu bagaimana, berikut merupakan petua
mudah untuk anda bagi membantu anda hamil dengan anak kembar.
- Banyakkan Pemakanan Ubi Kayu

Terdapat fakta bahawa wanita yang mengandung anak kembar secara semula jadi cenderung
tinggal di kawasan di mana ubi jalar / ubi merupakan bahagian utama dalam diet mereka. Biji
keladi seharusnya dapat meningkatkan kesuburan seorang wanita dan meningkatkan proses
ovulasi juga, sehingga meningkatkan kemungkinan mendapat anak kembar. Antara manfaat
lain memakan ubi kayu adalah ia boleh membantu dengan penurunan berat badan. Ubi kayu
juga boleh berfungsi sebagai makanan ringan semasa kehamilan anda dan mungkin melegakan
beberapa gejala yang sangat tidak selesa, seperti sembelit.
2. Pengambilan Suplemen Asid Folik

Ramai wanita hamil mengambil asid folik sebagai suplement untuk membantu menjaga
kesihatan badan serta kandungan. Asid folik bukan sahaja untuk rambut, kuku dan kulit anda,
tetapi ia juga akan membantu mencegah kecacatan tiub saraf. Pakar perubatan mengesyorkan
agar mengambil sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik setiap hari. Cadangan umum
bagi wanita yang ingin hamil dengan anak kembar adalah dengan mengambil suplemen asid
folik sebulan sebelum mengandung.
3. Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu
meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar dan ia perlu seiring dengan usaha.
Bukan si isteri sahaja, malah si suami juga harus menjaga pemakanan dengan makanan yang
tinggi zink, seperti tiram, sayur-sayuran berdaun hijau, biji-bijian, dan roti, akan membantu
pengeluaran sperma sehingga meningkatkan kemungkinan untuk menyuburkan lebih dari satu
telur ovum.
4. Rawatan IVF

Membuat rawatan IVF mungkin bukan untuk semua orang, tetapi ia akan menjadi pertaruhan
terbaik jika anda benar-benar ingin mengandung anak kembar dan merupakan salah satu petua
untuk mendapatkan anak kembar. Sebenarnya, bagi bayi yang dilahirkan sebagai hasil
persenyawaan in vitro (IVF), 22 peratus (hampir satu dari empat) kelahiran berupaya untuk
mengakibatkan kembar atau kembar tiga. Itu adalah kira-kira 20 kali lebih tinggi daripada kadar
selepas persenyawaan secara semula jadi.
5. Banyakkan Minum Susu Segar

Terdapat penyelidikan yang mengatakan bahawa produk tenusu yang mempunyai hormon
pertumbuhan seperti dalam susu dapat membantu anda untuk mendapatkan bayi kembar.
Tambahan pula, tidak ada salahnya meminum segelas susu setiap hari. Ia akan membantu
meningkatkan pengambilan kalsium, potasium, vitamin D dan protein, yang mana semua unsur
yang diperlukan oleh wanita semasa kehamilan mereka.

Ataupun anda juga boleh mencuba dengan susu kesuburan Efferty. Ramai wanita yang berjaya
hamil dengan anak kembar dengan formula hamil berkesan oleh Dr.Raihana Ismail. Sekiranya
berminat, jom dapatkan di sini!
Selamat mencuba.