Cerita Dr Rai, Event Efferty

Ada orang balik Medan MARA dengan sales. Saya pula balik sekali dengan inspirasi… dan mungkin tambahan 2kg. ๐Ÿ˜‚

Kalau ada yang follow Instagram saya hari tu, mesti perasan beberapa hari saya “berkampung” dekat Medan MARA, Kuala Lumpur untuk Program Usahawan Terengganu.

Dari 28 Julai sampai 31 Julai, memang hampir setiap hari saya ada dekat sana. Penat tu memang penat, tapi honestly, event macam ni lah yang selalu recharge semula semangat saya sebagai seorang usahawan.

Kali ni saya tak turun seorang. Saya terus bawa team Efferty dari Terengganu sebab saya memang percaya, kalau nak buat sesuatu dengan baik, kita kena ada orang-orang yang sama-sama percaya dengan visi kita.

Dan saya bersyukur sebab saya ada team macam tu.

Sepanjang empat hari ni, booth Efferty jadi rumah kedua kami. Pagi-pagi dah siap susun produk, pastikan semuanya kemas, sambut customer yang datang dan explain satu persatu tentang produk kami. Ramai yang datang memang dah kenal Efferty daripada TikTok atau Facebook. Tapi ramai juga yang baru pertama kali singgah sebab tertarik dengan produk yang kami bawa.

Kali ni kami bawakan DCI Chocolate Cinnamon, DCI Taro dan juga Tongkat Ali. Seronok bila dapat explain sendiri tentang DCI kepada wanita-wanita yang datang bertanya. Ada yang baru nak mula TTC, ada yang dah lama struggle dengan PCOS, ada juga yang sekadar nak tambah ilmu tentang kesihatan reproduktif.

Saya memang suka moment macam ni.

Sebab dekat media sosial, kita bercakap dengan kamera.

Dekat event macam ni pula, kita bercakap dengan manusia. Kita dengar cerita mereka, kita tengok reaksi mereka, kita jawab soalan satu demi satu. Connection dia memang berbeza.

Sepanjang berada di Medan MARA juga, saya berpeluang bertemu dengan ramai usahawan hebat dari Terengganu. Best bila berjalan satu dewan, setiap booth ada cerita masing-masing. Ada yang mengangkat makanan tradisional, ada yang menghasilkan produk kecantikan, ada yang membawa kraftangan, dan sudah tentu, booth-booth batik Terengganu yang memang tak pernah gagal menarik perhatian.

Saya rasa bangga sebab setiap jenama dekat situ membawa identiti negeri yang kita sayang.

Sempat juga bertemu dengan wakil-wakil MARA dan beberapa kenalan industri. Bagi saya, event macam ni bukan sekadar tempat berniaga. Ia juga ruang untuk kita berkenalan, berkongsi idea dan membuka peluang kolaborasi pada masa akan datang. Kadang-kadang, satu perbualan pendek pun boleh menjadi permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

Antara moment yang saya paling tunggu sebenarnya ialah sesi meet up bersama keluarga Ikon Terengganu.

Rasa dia macam mini reunion.

Walaupun datang daripada latar belakang bisnes yang berbeza, semangat yang kami bawa tetap sama, iaitu nak melihat Terengganu terus melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya.

Saya pun sempat luangkan masa dengan Ain, sahabat yang membawa jenama batiknya sendiri. Seronok tengok macam mana beliau begitu bersungguh-sungguh memperkenalkan batik Terengganu kepada orang ramai. Bila tengok booth-booth batik hari tu, saya sendiri rasa kagum dengan kreativiti yang ada. Corak dia semakin moden, pilihan warna pun sangat cantik. Memang jauh berbeza daripada tanggapan orang terhadap batik suatu ketika dahulu.

Kemuncak hari tu semestinya fashion show batik Terengganu.

Seriously, saya duduk depan pentas sambil tak berhenti senyum.

Bila model-model mula berjalan memperagakan setiap rekaan, saya rasa bangga sangat. Cantik-cantik semuanya. Bukan sekadar cantik pada kainnya, tapi cara pereka-pereka kita mengangkat warisan Terengganu menjadi sesuatu yang moden, elegan dan boleh dipakai dalam pelbagai acara.

Dalam kepala saya masa tu cuma terfikir satu benda…

“Kalau orang luar tengok fashion show ni, mesti mereka tak sangka batik Terengganu dah berkembang sejauh ni.”

Saya rasa inilah pentingnya platform seperti Medan MARA.

Ia bukan sekadar tempat untuk menjual produk.

Ia menjadi pentas untuk kita memperkenalkan identiti negeri. Bila orang datang, mereka bukan sahaja kenal Efferty, tetapi mereka juga kenal batik Terengganu, makanan Terengganu dan usahawan-usahawan hebat yang lahir dari negeri ini.

Sebagai pengasas Efferty, saya sentiasa berharap supaya lebih banyak produk dari Terengganu diberi peluang untuk menembusi pasaran yang lebih besar. Kita ada kualiti, kita ada kreativiti dan kita ada ramai usahawan yang bekerja bersungguh-sungguh di belakang jenama masing-masing.

Dan sebagai Juara Ikon Wanita Muda Terengganu, saya melihat setiap peluang seperti ini sebagai satu amanah. Amanah untuk terus membawa nama negeri dengan sebaik mungkin, membuka lebih banyak ruang kolaborasi dan menunjukkan bahawa anak Terengganu juga mampu berdiri sama tinggi dengan usahawan-usahawan lain di seluruh negara.

Empat hari mungkin sekejap.

Tetapi saya pulang dengan semangat yang jauh lebih besar daripada ketika saya datang.

Dan kalau ada yang tanya apa perkara paling saya bawa balik dari Medan MARA…

Selain beberapa kilogram yang berpunca daripada nasi dagang, keropok lekor dan macam-macam makanan Terengganu yang memang susah nak ditolak…

Saya bawa pulang keyakinan bahawa Efferty masih ada perjalanan yang sangat jauh untuk diterokai.

Insya-Allah, semoga ini hanyalah permulaan.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into Peopleโ€™s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *