SEMINAR 3S

Efferty Goes Redang! 🌴

“Kadang-kadang kita tak perlukan meeting panjang, KPI discussion, atau kerja sampai malam untuk rapatkan sebuah team… sometimes, all we need is a little escape together.” 🌊✨

Kalau orang tanya saya, apa benda yang paling saya hargai dalam perjalanan membina Efferty selama ni… jawapan saya selalu sama, the people.

Sebab sebuah syarikat bukan hanya tentang produk, sales, target atau angka. Di belakang setiap kejayaan, ada manusia-manusia yang bangun setiap hari, datang kerja dengan semangat, fikir idea baru, selesaikan masalah, dan sama-sama fight untuk capai sesuatu yang lebih besar.

Sebab tu bila dapat peluang untuk bawa semua 52 orang team Efferty pergi team building dekat Pulau Redang, Terengganu, saya rasa excited sangat.

Bukan sekadar trip bercuti. Tapi this time, saya nak semua orang pause sekejap daripada rutin kerja. Nak bagi ruang untuk kita gelak sama-sama, kenal satu sama lain dengan lebih dekat, dan create memories yang kita boleh cerita balik nanti.

Dan yang paling special kali ni… semua aktiviti bukan saya yang susun, tapi team management sendiri yang prepare semua games dan aktiviti untuk semua staff.

Honestly, saya suka tengok effort mereka. Sebab kadang-kadang bila kita bagi seseorang peluang untuk lead, kita akan nampak sisi lain mereka. Bukan sekadar pekerja, tapi mereka ada kreativiti, leadership, dan rasa tanggungjawab untuk buat sesuatu yang bermakna untuk team.

Dari awal perjalanan lagi dah rasa excited. Kami bergerak dari Kuala Terengganu dan naik jeti dari Taman Tamadun Islam. Suasana tu memang lain macam. Bila dah nampak laut biru, angin laut, dan perjalanan menuju Pulau Redang… terus rasa macam “okay, this is going to be a good one.” 😍

Kami menginap di Laguna Resort Redang. The view was beautiful, the environment pun memang sesuai sangat untuk team bonding. Bila semua orang dapat keluar daripada suasana pejabat, pakai baju santai, gelak-gelak tanpa fikir pasal kerja… dekat situ lah kita nampak hubungan sesama team jadi lebih natural.

Antara aktiviti yang paling ditunggu-tunggu mestilah snorkelling!

Saya rasa ramai yang excited sebab dapat tengok sendiri keindahan laut Redang. Swimming, main air, explore laut… memang best giler.

Ada yang confident masuk air, ada yang nervous sikit pada awalnya, tapi akhirnya semua enjoy. Itu yang saya suka bila kita buat sesuatu bersama-sama, kita akan belajar untuk support each other.

Sometimes, benda kecil macam hulurkan tangan masa turun bot, tunggu kawan yang lambat, atau sama-sama gelak bila ada yang panik dalam air… benda-benda macam ni lah yang sebenarnya build connection.

Sebab teamwork bukan hanya terbina masa kita duduk dalam office. Sometimes, it happens when we are outside our comfort zone.

Malam-malam pula kita ada aktiviti bersama. Gelak, main games, borak benda random yang mungkin tak pernah sempat dibualkan waktu kerja.

Saya rasa moment macam ni sangat valuable. Sebab dalam kesibukan mengejar impian, kita selalu lupa bahawa orang-orang di sekeliling kita pun perlukan appreciation.

Dan sebagai leader, saya percaya tugas saya bukan hanya memastikan bisnes bergerak ke depan. Tapi saya juga nak pastikan orang yang bersama-sama dalam perjalanan ini rasa dihargai dan rasa mereka adalah sebahagian daripada keluarga besar Efferty.

Sampai lah hari terakhir… ada satu surprise untuk semua staff.

Kita buat announcement tentang bonus hasil kerja tahun 2025.

Aduhai… memang nampak muka masing-masing berubah terus! 😂 Kemain suka dorang. Tapi bagi saya, itu adalah salah satu cara untuk saya tunjukkan penghargaan atas segala usaha, komitmen dan pengorbanan mereka.

Sebab saya tahu, setiap kejayaan Efferty bukan datang daripada seorang individu sahaja.

It comes from everyone.

Daripada team produksi, sales, marketing, operation, management, dan semua yang mungkin orang tak nampak di belakang tabir. Semua memainkan peranan masing-masing.

Balik dari Redang, saya rasa satu benda… kita bukan sekadar balik dengan gambar cantik atau memories yang best. Kita balik dengan hubungan yang lebih kuat sebagai satu team.

Overall, trip ni memang berjaya buat saya senyum. Kalau ditanya nak repeat lagi ke?

Of course yes! 🤭

Tapi mungkin next time kita explore pulau lain pula lah. Banyak lagi tempat cantik di Malaysia yang kita belum jejak.

Terima kasih kepada semua team management yang bertungkus-lumus prepare aktiviti, dan terima kasih kepada semua warga Efferty yang sentiasa memberikan yang terbaik.

Keep growing, keep supporting each other, and let’s continue this journey together.

Because at the end of the day…

A great company is not built by one person. It is built by great people who believe in the same dream. ❤️

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *