Cerita Dr Rai

Bila Wanita Hebat Berkumpul, Rupanya Banyak Lagi Benda Yang Saya Tak Tahu Tentang Elegance

Kalau orang tanya saya, “Apa benda paling best yang you belajar bila join program Wanita Ikon?”

Mungkin ramai ingat saya akan jawab tentang public speaking, networking atau personal branding. Tapi honestly… benda yang paling buat saya terkejut ialah saya belajar macam mana nak duduk dengan elegan, macam mana nak letak handbag dengan betul, sampai cara nak politely reject salam daripada lelaki pun ada teknik dia.

I was like… “Eh, rupanya benda sekecil ni pun ada ilmunya.”

Baru-baru ni saya berpeluang menghadiri sesi taklimat Wanita Ikon Malaysia yang berlangsung di Lindo Wellness. Semua juara negeri berkumpul di sini. Saya mewakili Terengganu sebagai Juara Ikon Wanita Terengganu, dan memang seronok sangat sebab dapat jumpa ramai wanita hebat dari seluruh Malaysia. Ada yang datang dari Selangor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan banyak lagi negeri lain.

Walaupun masing-masing datang dengan title dan pencapaian sendiri, suasana dia langsung tak rasa macam pertandingan. Instead, rasa macam satu family yang saling support antara satu sama lain.

Apa yang saya paling suka, taklimat hari tu bukan sekadar teori semata-mata. Kami diajar tentang pembawaan diri sebagai seorang wanita yang elegan. Benda yang mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya memberi impak besar bila kita berada dalam sesuatu majlis atau berjumpa orang.

Contohnya cara berjalan. Cara duduk. Cara kepit kaki supaya nampak lebih sopan. Cara pegang handbag. Malah saiz handbag yang sesuai untuk sesuatu majlis pun ada penerangan dia.

Saya memang tak pernah terfikir benda-benda macam ni boleh mempengaruhi first impression seseorang.

Kadang-kadang kita rasa cukup dah kalau pakaian cantik. Rupanya body language lagi banyak “bercakap” daripada apa yang kita pakai.

Antara topik yang saya rasa sangat menarik ialah cara menolak salam daripada lelaki dengan sopan tanpa membuatkan mana-mana pihak rasa awkward. Benda ni nampak simple, tapi bila diajar dengan teknik yang betul, memang nampak lebih professional dan penuh adab.

Honestly, saya enjoy sangat sesi tu.

Tak rasa macam tengah belajar pun. Lebih kepada sharing yang santai, penuh gelak ketawa, tapi dalam masa sama banyak ilmu baru yang saya boleh apply dalam kehidupan seharian.

Selain sesi taklimat, saya pun jatuh cinta dengan tempat ni sendiri.

Lindo Wellness memang cantik sangat.

The ambience is so calming. Masuk je terus rasa tenang.

Dekat sini bukan setakat ada spa sahaja. Mereka juga menyediakan rawatan rambut, manicure, pedicure dan pelbagai servis penjagaan diri dari head to toe. Kiranya kalau nak self-care day memang complete.

Saya jenis yang percaya, bila kita jaga diri sendiri, kita bukan sekadar nampak lebih cantik. Kita pun rasa lebih yakin dengan diri sendiri.

Confidence memang datang dari dalam. Tapi bila kita luangkan masa untuk menjaga diri, aura tu memang lain.

Yang paling bahaya sebenarnya… hari tu ada promotion yang memang berbaloi sangat.

Saya dah cakap dekat diri sendiri awal-awal, “Okay, datang nak belajar je.”

Sekali bila salah seorang partner Lindo Wellness, Ahmad Idham, berkongsi tentang servis dan pakej yang mereka sediakan, saya terus macam…

“Okay, I’m sold.”

Memang tak kasi chance langsung.

Terus saya buat tempahan hari tu juga.

Kadang-kadang kita bukan mudah terpengaruh. Tapi bila kita nampak sendiri kualiti servis, suasana tempat dan nilai yang kita dapat, memang rasa rugi kalau lepaskan peluang.

Apa yang Ahmad Idham cakap hari tu pun saya masih ingat.

Beliau kata, mungkin memang sudah takdir saya sampai ke Lindo Wellness.

Bila fikir balik, mungkin betul juga.

Sebab kalau bukan kerana program Wanita Ikon ni, mungkin saya tak pernah tahu pun tempat secantik dan setenang ni wujud.

Sepanjang berada bersama peserta lain, saya juga belajar satu perkara yang sangat bermakna.

Walaupun kami semua bakal bersaing untuk merebut gelaran Wanita Ikon Malaysia, langsung tak wujud suasana nak menunjuk siapa lebih hebat.

Instead, saya rasa lebih humble.

Bila dengar perjalanan hidup setiap peserta, baru saya sedar setiap wanita membawa cerita yang sangat berbeza.

Ada yang datang daripada industri kecantikan.

Ada yang menguruskan syarikat keselamatan yang selama ini lebih sinonim dengan lelaki.

Ada usahawan, profesional, pemimpin masyarakat dan ramai lagi wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Everyone has their own story.

Everyone has their own struggles.

Dan setiap perjalanan tu membuatkan saya lebih menghargai usaha yang setiap wanita dah lalui untuk berada di tahap hari ini.

Program ni buat saya sedar bahawa menjadi seorang wanita berkelas bukan bermaksud kita perlu menjadi sempurna.

Elegance sebenarnya datang daripada cara kita membawa diri, menghormati orang lain, menjaga adab dan sentiasa mahu belajar walaupun kita sudah mempunyai pencapaian sendiri.

Saya pulang dengan ilmu baru, pengalaman baru dan semangat baru.

Kadang-kadang kita hadir ke sesuatu program dengan expectation yang biasa-biasa sahaja. Tetapi bila balik, kita bawa pulang sesuatu yang jauh lebih bernilai daripada apa yang kita sangka.

And I think… that’s the real beauty of this journey.

Tak sabar untuk meneruskan perjalanan bersama semua wanita hebat ini menuju pentas Wanita Ikon Malaysia. Apa pun keputusannya nanti, saya rasa saya dah pun menang satu perkara… pengalaman yang tak mungkin saya lupakan.

Nanti undi lah saya tau. Klik sini : https://vote.kelabwanitaikon.com/awim/anugerah-wanita-ikon-26/anugerah-wanita-ikon-202627/raihana-binti-ismail

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *