Knock-Knock-Knock! 😀
Assalamualaikum! Dr Rai di sini 🙂
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, masih dipanjangkan umur sehingga dijemput Allah ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
Tak tersingkap rasa di hati betapa syukur dan bahagi nya dalam perjalanan menemui cinta hati yang abadi selamanya. Dipandang Tuhan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci pun dah cukup menggoncangkan hati bahawa Allah Maha Baik Maha Pengasih.

Saya ikut pakej travel oleh Andalusia Travel. Kita dekat sini pergi satu team dengan group Titan Circle di bawah naungan Richworks bersama Datuk Wira Azizan Osman.

Tarikh berlepas pada 7 April lepas. So masa ni kami check in awal. Sementara nak tunggu naik kapal terbang tu sempat lah buat content sikit untuk page TikTok saya ni.
Tak sangka pulak terjumpa followers yang setia tengok LIVE dengan content saya. Terasa macam retis bila ada yang request bergambar hee…

Kalau ada followers saya yang tiba-tiba terserempak dekat luar ke, rajin-rajin lah tegur saya hee. Saya kat luar tak sombong tau >_<

Nikmatnya diurut :’) Longgar dah sikit sendi-sendi otot yang mengeras ni. Kadang-kadang bila kita busy sangat kerja sampai badan penat pun kita tak perasan. Bila kena urut fuhhh legaa! Masani tengah tunggu lagi…



Masa kami berlepas tu belum waktu berbuka lagi. So kena extend sikit masa berbuka. Daripada berpuasa 13 jam, atas kapal extend jadi 16 jam total berpuasa.
Lain betul ya rasa berbuka sambil berada atas awan ni. Sebab dah lapar, lupa dah rasa gayat hehe.


Selepas 16 jam, dah sampai Madinah. Alhamdulillah. Keletihan sedikit tapi tak apa, kita top up energy dengan minum susu EFFERTY lah. Yih, sempat iklan pulak hihi!


Semua jemaah bawah Andalusia semua pakai beg biru kuning tema kartun minion ni :p Jadi, kalau sesat orang dah tahu dah nak pulangkan dekat jemaah yang mana hihihi.
In sha Allah, saya akan share lagi di lain posting suasana dekat Madinah pula. Jeng jeng jeng, stay tune.
-ByeBye-