Assalamualaikum semua!
Knock-Knock-Knock! Dr Rai di sini! ๐

Okay tak OOTD harini? :p hewhew
So sebenarnya harini ada Kelas Leadership bersama dengan Partner Efferty. Kalau orang lain mungkin dia panggil agent atau pun penggerak sales outsource sebagai Resellers tapi di Efferty, kita santun mereka ini sebagai PARTNER EFFERTY.. haaa.. nampak lah mereka ni sebagai salah satu business partner Efferty, kan?
Location kelas harini kita buat dekat Ulek Beach Resort, Dungun, Terengganu.

Depan resort ni betul-betul hadap lautan pantai. Sejuk je rasa angin, kalau nak healing sila lah datang sini hee ^_^
Ok, back to cerita kita.
Di Efferty, kita sangat-sangat nak jaga momentum Partner supaya semua orang boleh jadi kayaaa muehehe. eh gurau je. Kita nakkan semangat mereka ni konsisten, sebab masing-masing ada BIG WHY untuk start bisnes. Kan?

Wow, macam retis tak saya pegang microphone? :p
Kelas Leadership ni disampaikan oleh saya sendiri.
Berkat daripada pengalaman berniaga selama beberapa tahun ni, saya nak pass-down kan kepada Partner Efferty supaya mereka tak ulang kesilapan mudah atau pun kesilapan besar yang pernah saya buat dulu. Jadi, these small mistakes ni tak nak lah diulang tayang kan?
Especially bila ada yang guide, in sha Allah.


Agaknya, ini lah apa yang cikgu-cikgu time sekolah dulu rasa bila anak murid tekun mendengar, fokus dan catit. ๐
Satu misi yang mereka nak bawa ni adalah untuk ada team sendiri. Ada staff yang sama-sama bantu menggerakkan bisnes mereka. Sebab kalau buat seorang, kita tak terkejar semua benda. Dalam otak ni memang berjalan je segala mukadimah idea tapi bila kita sorang-sorang memang tak tercapai semua tu lebih-lebih lagi kalau leadership skill kita “0”, yilekk!
Ramai je fikir dan ingat yang skill nak jadi leader ni macam lahir semulajadi tapi sebenarnya bakat ni diasah, diwujudkan seiring dengan pengalaman dan juga ilmu. Kita je kena cari, kena praktik dan ubah cara BERFIKIR, BERKOMUNIASI dan PEMBAWAAN DIRI.
Baru lah layak nak jadi seorang ketua organisasi yang ada KARISMA ๐



Kita bagi semua orang jadi retis harini pegang mic! :p Bezanya semua bercakap lah sebab kalau menyanyi boleh blackout tempat ni hehehe..
Okay, bila kita nak bangunkan bisnes sebagai business owner, karakter leadership yang mantap ni lah akan senang membawa bisnes pergi lebih jauh. Sebab kita akan bekerjasama dengan ramai orang.
Macam mana kita interaksi dengan orang, cara kita handle situasi yang complicated atau bila stuck, lagi dengan cara kita “connect” emosi team supaya kita dapat tembus dalaman mereka untuk membawa misi visi yang sama.
Semua ni akan membawa kepada rasa PERCAYA antara team yang kita bangunkan sebagai seorang LEADER.



Dalam kelas ni semua orang entitled untuk beri opinion, cadangan dan buah fikiran sendiri. Dalam sesi ni lah saya nak tunjuk yang semua orang berpeluang untuk improve diri bila kita saling berkongsi atau pun bila kita ada kebebasan untuk bercakap apa yang boleh dibuat sebagai penambah-baik.
Saya juga nak tekankan atau buka minda masing-masing tentang sudut pandang sebuah watak “Leadership”. Bila nak transform diri sendiri jadi seorang leader yang positive, effective dan ada karisma, semuanya memerlukan praktis dan of course, ilmu lah. Proses ni sentiasa berjalan sampai kita berjaya wujudkan team yang solid dan boleh bekerjasama dengan baik.


Sangat lah penting ya untuk seorang leader tahu bagaimana cara nak posisi kan diri dalam masyarakat dan juga media sosial. Media sosial ni memang mainan zaman sekarang yang sebagai seorang business owner, kita wajib kalau boleh conquer semua platform.
Kalau tak sempat, boleh hire team ๐ **wink-wink



Untuk bina kepercayaan team, macam-macam program yang kita boleh buat. Try and error. Bereksperimentasi. Sebab kita kena tahu bukan diri kita sahaja kena grow. Team juga setiap individu perlu grow.
Sebelum kita nak pimpin orang lain, kita kena berjaya konsisten dulu untuk memimpin diri sendiri. Mat saleh kata, ‘walk the talk.’
Fokus kepada elemen komitmen, core values, komunikasi dan juga empati.

Kelas dengan saya ni memang banyak sesi soal jawab, tapi saya yang banyak tanya diorang lah hee terbalik pulak :p Selalu peserta yang akan tanya host. Kita buat kelainan sikit jerrr.



Dekat akhir-akhir kelas, kita cuba praktikkan apa yang dipelajari dalam satu game. Macam-macam gaya ada termasuklah menjadi Batman ๐ sebab pakai mask tutup mata hehe.
Sebenarnya nak ajar cara berkomunikasi dan macam mana team kita mendengar arahan. Sepenuhnya menggunakan deria telinga sahaja sambil tangan menggerak kerja.
Dalam pusingan pertama dan kedua ni, team lelaki yang menang ๐ So kita bereksperimen pula dengan menukar leader masing-masing.
Leader lelaki pergi dekat group wanita.
Leader wanita pergi dekat group lelaki.
Fun fact: Leader lelaki dan wanita tu sebenarnya suami isteri tau :p



Yang kelakarnya, leader yang dah berjaya menang tadi, dia bawa idea yang sama bila masuk group baru. Haaa, boleh pulak macam tu hahaha.



Dan leader wanita tadi pulak improvise idea dari leader sebelumnya.
Kalau sebelum ni mereka bina ‘bangunan’ cukup-cukup makan, now mereka dah boleh bina ‘bangunan’ mencakar ceiling hehehe..

Dah dekat habis hujung class, sempat jugak curi masa nak ajar mereka algorithm Tik Tok yang latest sampai boleh capai 4 figures untuk setiap video content. Kalau satu content dah boleh bagi 4 figures, bila banyak content?? wahh wahhh, you do the math lorrr :p
Nak belajar? Kena join jadi Partner Efferty dulu :p


Kelas habis petang jugak lah. Tak sedar masa berjalan pantas. Lagi-lagi bercakap banyak masa bulan puasa ni, tak teringat dah haus tu. Semangat punya pasal hehe. Semangat membara gituuu.
Akhir kata dari saya untuk semua Partner Efferty, semoga semakin berjaya menjadi usahawan kaya. Haa macam tu doa saya. Sebab saya nak tengok semua orang boleh ubah hidup jadi lebih senang, in sha Allah dunia dan akhirat juga.
Kalau yang baru pertama kali terbaca blog saya, dan nak tahu lebih tentang ilmu-ilmu kesuburan boleh follow Tik Tok saya.
Sampai berjumpa di lain posting, byebye! ๐