Knock-Knock-Knock!
Assalamualaikum! Dr. Rai di sini ๐
Biasa lah kan kalau dah nama bulan Ramadhan mesti nak selit-selit majlis iftar sikit especially bila bekerja dalam satu team.
Kalini kita ajak sekali anak-anak yatim untuk sama-sama join Majlis Iftar Efferty. Belah siang tu dorang semua dah shopping baju raya, so menjelang nak berbuka kita terus bawa satu bas ke lokasi iftar iaitu di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.
Dalam setengah jam jugak lah dari Madrasah anak-anak yatim ni dekat Dungun sampai ke Kuala Terengganu. Masing-masing diulit mimpi sebab bila dalam bas ni terasa dihayun buaian. Berat je mata ni nak tidur hehe.

Bergambar dekat entrance, harus lah wajib :p
Masani dalam pukul 6.30 petang macam tu. Tapi memang berangin sangat, al maklum lah tepi jeti jer ^_^. Sejuk je, rasa nak terbang dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Lupa sekejap perut tengah lapar bila tengok pemandangan cantik ni. Gambarrr satuu kali hehe.
Majlis Iftar Efferty malam ni lebih kepada nak meraikan anak-anak yatim dan juga seluruh warga Efferty termasuk lah team Partners Efferty iaitu merangkap Resellers kita. Saling merapatkan silaturrahim dan lebih santai bila berborak kan.

Anak-anak ni dah tak sabar dah nak berbuka ni hee. Azali perangai kanak-kanak, mereka senang tunjuk riak teruja. Sikit-sikit dah intai stall makanan mana nak pergi. Kita pula yang terhibur, semoga ada barokahnya ya, anak-anak.

Ya Allah, sedapnya ๐ Alhamdulillah…memang dalam perut berkeroncong ni tak keruan dibuatnya. Semua nak haha. Itu lah manusia, mudah diserang nafsu lapar hihi.

Actually makanan tempatan ada di lagu satu section, tapi kita lupa nak ambil gambar. Teruja sangat dah masani. Ampunn >.<

Sempat juga buat ‘peace’, yeay dah kenyang. Seronok nak mendekati semua team, dari meja ke meja. Nak make sure semua orang makan banyak. :p


Selesai je solat Maghrib, kita terus sampaikan sumbangan berupa duit raya. Berapa angka nya? Shhh biarlah rahsia gitu. Harini betul-betul kita nak seronokkan hati anak-anak yatim ni. Nak bagi mereka memori yang seronok je. Semoga diingati sampai bila-bila.
Dan tak disangka, rupanya salah seorang Partner Efferty pun join bagi sampul duit raya juga. Terkejut kita dibuatnya, tiba-tiba ada suprise nak bagi sekali haha. Alhamdulillah. Semoga semakin maju bisnes Efferty mu Pn Shima. Kalau anda yang area KL atau pun Selangor, nak cod cepat produk susu Efferty boleh contact Pn Shima (whatsapp sini).

Sebelah saya ni juga salah seorang Partner Efferty (Pn. Nurul Adibah) yang mana beliau sendiri dah berjaya hamil sebanyak 3 kali dengan minum susu Efferty. Pn Nurul Adibah cover area utara tau, kalau nak try susu Efferty ni boleh whatsapp je beliau.
Nanti boleh mintak beliau share sekali tips macam mana cara minum dan tips untuk hamil dengan Efferty ๐


Tak lengkap lah penghujung bicara kalau tak kena bebel dengan GM kita kan :p hehe gurau saja lah. Semua management kita in sha Allah, baik-baik belaka.
Dekat penghujung majlis baru lah diumumkan ada seorang daripada team kita akan meninggalkan company dan meneruskan perjuangan beliau di tempat baru.
Saya ucapkan semoga maju jaya dan sering lah ingat kami di sini ๐

Seluruh warga Efferty juga nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam khususnya pembaca blog Dr. Rai ๐
Diharap ada berkahnya pada majlis iftar kali ini. Amin Ya Rabb.