Event Efferty

Meraikan Anak-Anak Yatim Madrasah Baitul Ihsan

Knock-Knock-Knock!

Assalamualaikum! Dr. Rai di sini ๐Ÿ™‚

Syukur Alhamdulillah, this time rasa excited sangat nak share dengan semua tentang event EFFERTY baru-baru ini. Actually, hasil daripada pembelian produk Efferty ni ada sedikit percentage yang kami ambil untuk membuat sumbangan dan menggembirakan hati insan-insan yang memerlukan. Mana tau, asbab kebaikan ini dapat mengangkat darjat pengguna Efferty untuk mendapatkan keberkesanan produk dan berjaya hamil.

Madrasah Baitul Ihsan ni dekat Dungun, Terengganu. Dekat je dengan HQ office. Pagi-pagi lagi Team Efferty dah get ready nak assist dan menyantuni seramai 39 orang anak-anak Madrasah ni.

Satu perkara bila kita tengok anak-anak ini adalah untuk bersyukur. Bukan mudah ya nak menerokai dunia dengan usia masih kecil tapi sudah perlu kuat dan berdikari. Lebih-lebih bila bulan Ramadhan ni berpuasa tanpa ibu bapa. Apetah lagi beraya juga tanpa keluarga.

Tahun ni Efferty nak menyantuni anak-anak ini di bulan mulia dengan penuh rasa kesyukuran.

Really feel unreal. Mungkin ini bermain di minda anak-anak sekecil ini.

Mereka mudah diatur.

Team Efferty sampai ke Jakel, Gong Badak dalam waktu tengah hari. Tak ramai sangat orang masa ni sebab kami bawak mereka pada hari bekerja. Nak make sure anak-anak ini dapat pilih dengan tenang dan tak bersesak-sesak.

Kalau tengok muka masing-masing, terasa sebak sangat. Kita ni saban tahun membeli untuk diri sendiri pun dah rasa seronok. Anak-anak ini entah setiap tahun dapat ke tak. Dapat sepasang pun riak muka dah happy sangat-sangat!

Dah nama pun perempuan kan, mesti lah ambil masa nak memilih mana yang paling berkenan di hati hehe. Takpe lah anak-anak, enjoy your shopping time okay? hee

Dekat sini, team Efferty nak ucap terima kasih banyak-banyak pada staff Jakel yang sangat-sangat membantu. Mana nak make sure, anak-anak ni dapatkan size yang betul. Lepastu pastikan semua orang dapat dan tak tercicir.

Lucu jugak bila teringat, ada yang tak hafal nama penuh masing-masing. Anak-anak ni cuma kenal nick name mereka je. Bila kita panggil nama penuh takde yang nak mengaku tu nama sendiri haha. Ada jugak tu yang mengaku nama orang lain jadi nama dia. Ragam anak-anak syurga ^_^.

Kakak-kakak Efferty suka sangat nak layan anak-anak lelaki ni, cepat je mereka pilih warna baju masing-masing. Tahu-tahu, dah siap. Dah macam tradisi ya, mereka pula tunggu rakan-rakan perempuan siap shopping >_<. Sabar, attitude ni dah dilatih dari kecil lagi. Nanti dah besar dan dah kahwin tak adalah ‘culture shock’ tunggu isteri masing-masing shopping! haha.

Ini ihsan pembelian pengguna Efferty juga tau. Kami sumbangkan untuk bantu komuniti kecil ni. Alhamdulillah, Ya Allah atas peluang untuk mendekati dan meraikan anak-anak ini.

Happy sangat tengok dorang semua suka! Terima kasih juga pembeli Efferty! ๐Ÿ™‚

Rasulullah bersabda: Allah tidak akan mengazab mereka yang kasihi anak yatim, lemah lembut dalam percakapan kepada anak yatim dan membantu anak yatim ketika kesusahan.

Memang gamat sangat dekat Jakel masa ni. Semua orang nampak girang je bila tengok anak-anak ni tak henti-henti senyum. Sampai ada anak-anak yang tertinggal beg masing-masing dalam rak Jakel, lupa sebab dah happy dapat baju baru lah tu hehe.

Saya berharap dengan pengalaman membeli baju raya kesukaan mereka dekat Jakel ni dapat diingati sebagai memori persiapan hari raya bersama family.

Semoga segalanya lebih berseri bersama. Kalau anda nak tengok ragam masing-masing membeli belah , boleh tengok video dekat sini

Salam Ramadhan daripada Dr. Rai dan EFFERTY.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into Peopleโ€™s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *