Setiap pasangan yang berkahwin semestinya mengimpikan kehadiran zuriat dari darah daging
sendiri. Menunggu adalah perkara terakhir yang ingin anda lakukan jika anda sudah bersedia
untuk memperoleh zuriat. Walaupun kita tidak dapat menentukan takdir, tetapi ada beberapa
perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu meningkatkan peluang dapatkan zuriat.
Berikut merupakan antara tips dapatkan zuriat yang boleh anda cuba.
- DAPATKAN PEMERIKSAAN AWAL

Tidak salah jika anda dapatkan pemeriksaan awal sebelum mula mencuba. Bertanyakan kepada doktor atau pakar ginekologi anda mengenai vitamin pranatal yang mempunyai asid folik yang dapat membantu melindungi daripada beberapa kecacatan kelahiran seperti spina bifida. Selain itu, pemeriksaan awal dapat menolong anda mengenal pasti dan mengawal sebarang masalah perubatan sebelum anda dapat hamil dengan selamat.
2. KENALI WAKTU SUBUR ANDA

Sejauh mana anda tahu mengenai kitaran haid anda? Pemahaman yang betul akan membantu
anda mengetahui bila anda paling subur. Fasa ovulasi adalah masa terbaik untuk hamil. Kit
ramalan ovulasi (OPK) dapat membantu anda meramalkan masa terbaik untuk hamil jika anda
tidak pasti. Kenal pasti tanda-tanda ovulasi seperti perubahan pada mukus serviks anda kerana
ia juga dapat membantu meramal puncak waktu subur anda.
3. HINDARI DIRI DARIPADA STRESS

Stress sudah menjadi lumrah kehidupan manusia. Tetapi ketika anda sedang cuba untuk
dapatkan zuriat, adalah bagus jika stress dikawal pada tahap minimum dengan bersenam,
bermeditasi atau apa sahaja yang membantu anda mendapatkan ketenangan. Hubungan
kelamin yang disertai dengan tekanan tidak akan membantu dalam usaha untuk hamil malah
akan menyulitkan lagi keadaan.
4. MAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG

Makan makanan yang seimbang mungkin nampak lebih mudah daripada sebenarnya, tetapi
fikirkanlah sebegini; kesihatan diri anda bukan hanya tentang anda sekarang, malah ia juga
mengenai zuriat anda. Pemakanan yang seimbang bukan hanya dapat membantu kitaran
ovulasi anda teratur, malah mewujudkan persekitaran yang baik dan sihat untuk bayi sebelum
anda hamil.
5. AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Bersenam adalah aktiviti yang sihat terutamanya jika ia membantu anda mengekalkan berat
badan ideal. Namun, sama seperti perkara lain, sesuatu yang melebihi had yang sepatutnya
akan mengakibatkan impak buruk. Senaman yang terlalu banyak boleh menyebabkan anda
tidak berovulasi. Oleh itu, cara terbaik untuk meningkatkan peluang anda hamil sambil
mendapat manfaat kesihatan dari senaman biasa adalah dengan melakukan aktiviti fizikal
berintensiti sederhana; senaman โbrisk walkโ untuk dua setengah jam setiap minggu atau
sekurang-kurangnya 30 minit, 5 hari seminggu.
6. CUKUPKAN TIDUR

Tidur bukan hanya penting untuk kesihatan mental dan fizikal anda, tetapi juga penting untuk
dapatkan zuriat. Hal ini kerana apabila anda tidak mendapat tidur yang cukup, maka tubuh anda
akan bergelut. Kesihatan tubuh anda tidak akan berada di tahap optimum jika kadar jam tidur
anda kurang dan ia merupakan elemen terpenting untuk penyembuhan dan kesihatan mental
anda. Sekiranya anda sihat, anda akan lebih cenderung berovulasi lalu mudah hamil.
7. KURANGKAN PENGAMALAN KAFEIN

Jika anda penggemar kopi yang ingin dapatkan zuriat, tiba masanya untuk anda kurangkan
kepada hanya secawan kopi dalam sehari. Hal ini kerana, tahukah anda, jika kandungan kafein
itu tinggi, lebih dari lima cawan sehari, iaitu lebih kurang 500mg, ia dikatakan dapat
mengurangkan kesuburan. Selain itu, kafein bukan sahaja terdapat pada kopi, tetapi banyak
lagi minuman lain. Jadi, jika boleh, kurangkan tahap pengambilan kafein kepada 200-500mg
sahaja dalam sehari.

Akhir sekali, antara tips dapatkan zuriat yang paling berkesan adalah dengan dapatkan susu
rumusan khas kesuburan Efferty yang diformulakan oleh Dr.Raihana. Anda boleh segera
dapatkan susu ajaib ini dari pengedar Efferty yang berada di seluruh Malaysia ataupun di sini.
Semoga tips dapatkan zuriat yang dikongsikan ini berguna untuk bakal-bakal ibu.
Selamat mencuba.