Pregnancy

TIPS MUDAH BERSALIN ANAK PERTAMA

Risaukan akan waktu bersalin anda adalah perkara biasa – tetapi itu tidak menjadikan persiapan
untuk hari yang dinanti-nantikan itu menjadi lebih mudah! Bersalin anak pertama memang
mendebarkan kerana kita tidak tahu apa yang hendak dijangka. Namun, mengetahui tips
mudah bersalin atau mengenai persediaan bersalin yang patut dilakukan dapat mengurangkan
kebimbangan anda.


Usah bimbang, berikut adalah jawapan anda untuk tips mudah bersalin terutamanya untuk anak
pertama.

  1. PERSEDIAAN DARI SEGI MENTAL DAN ROHANI

Bila bercakap tentang persediaan, bukan saja persediaan fizikal seperti beli barang anak dan
pilih hospital bersalin saja yang penting. Persediaan mental dan rohani juga sangat penting
untuk memudahkan proses bersalin. Jadilah seorang yang berfikiran positif dan tingkatkan
keyakinan anda kerana, secara tidak langsung akan menaikkan semangat anda. Bersabar dan
bertawakal merupakan kunci utama kepada kejayaan seseorang.

2. KEKAL CERGAS

Ibu hamil mesti menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan. Otot-otot sendi yang kuat dan
mantap akan membantu melancarkan proses bersalin. Jadi jangan jadikan mengandung
sebagai alasan untuk anda tak bersenam. Banyakkan berjalan, berenang atau mengambil kelas
senaman untuk wanita mengandung bagi meningkatkan kecergasan anda. Sebelum itu, jangan
lupa untuk minta nasihat doktor dulu!

3. JANGAN BIAR PERUT KOSONG, ALAS PERUT

Melahirkan anak bakal memerlukan tenaga yang banyak. Kekurangan tenaga akan
menyukarkan atau melambatkan proses bersalin. Pastikan anda makan sedikit sebelum
bersalin kerana anda perlukan tenaga untuk meneran! Makanlah sesuatu walaupun anda tidak
berselera kerana menahan sakit. Jangan lupa untuk minum air yang secukupnya juga sebab
sakit kontraksi memang akan menyebabkan kedahagaan.

4. TENANGKAN DIRI

Untuk ibu yang pertama kali mengandung, sakit kontraksi akan bertahan dari 12 sehingga ke 14
jam. Jika anda risau dan mula mengira kontraksi serta terlalu memikirkan rasa sakit, ia akan
memenatkan anda. Oleh itu, alihkan tumpuan anda dengan mengungkapkan zikir dan selawat
sebagai penambah semangat di samping mengurangkan sakit yang ditanggung. Ketika ini,
sokongan moral daripada suami sangat membantu terutamanya di saat kelahiran.

  1. RAJINKAN DIRI UNTUK MENIMBA PENGETAHUAN

Rajin-rajinkan mulut bertanya pengalaman bersalin orang sekeliling sama ada kawan sepejabat,
saudara mara, mahupun jiran tetangga. Tidak salah untuk membuat kajian dan tinjauan semasa
hamil untuk menambah pengetahuan anda terutamanya jika ia merupakan kali pertama anda.
Belilah buku yang berkaitan kehamilan dan bersalin sebagai langkah awal untuk mendapat
sedikit gambaran tentang perjalanan seorang ibu hamil hingga melahirkan bayi. Terdapat juga
kelas antenatal atau kelas bersalin yang dianjurkan di mana-mana pusat kesihatan.


Tidakkah anda teruja wahai ibu hamil sekalian? Kuatkan semangat anda. Nikmati pahit manis
perjalanan sebagai ibu hamil sehinggalah saatnya bayi anda dilahirkan anda akan merasai
kegembiraan yang tidak terucap. Harapnya tips mudah bersalin untuk anak pertama ini dapat
membantu anda untuk memudahkan urusan bersalin.

Jika teringin lagi untuk menimang cahaya mata dan ingin menambah zuriat untuk memeriahkan
lagi hidup anda, moga dapat bermanfaat bersama Efferty. Berminat untuk mencuba, boleh
dapatkan susu kesuburan formula khas Dr Rai di sini.


Semoga bermanfaat.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into Peopleโ€™s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *