Pregnancy, TTC

ADA KE UBAT CEPAT HAMIL UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI

Pasti ramai pasangan suami isteri yang impikan keseronokan untuk hamil dan memiliki zuriat.
Namun, masih ramai yang tidak tahu cara merancang serta mencuba rezeki untuk memilikinya.
Ubat cepat hamil berfungsi dengan cara meningkatkan tahap sesetengah hormon dalam badan
anda. Biarpun begitu, anda dan pasangan perlu mendapatkan pandangan doktor dalam memilih
ubat cepat hamil yang bersesuaian.

FAKTOR SUKAR HAMIL

Dikenali sebagai masalah kesuburan sekunder, ia berlaku apabila seseorang wanita mendapati
sukar untuk hamil semula setelah mengalami satu atau lebih kehamilan atau keguguran. Punca
paling umum disebabkan oleh masalah ketidakseimbangan hormon atau dikenali sebagai
sindrom polisistik ovari (PCOS). Dianggarkan lima hingga 10 peratus wanita yang berada di
dalam umur produktif mengalami masalah ini. Ia disebabkan ketidakseimbangan hormon di
dalam badan dan terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam tubuh pesakit.

Oleh itu, terdapat beberapa cadangan ubat cepat hamil untuk pasangan suami isteri yang
mencuba.

UBAT KESUBURAN

Ubat kesuburan untuk wanita yang paling popular adalah clomifene citrate, metformin
hydrochloride, gonadotrophins dan bromocriptine. Ubat kesuburan membantu wanita
membebaskan telur pada peringkat ovulasi di kitaran haid secara berkesan. Kesemua ubat di
atas membantu supaya ovulasi berlaku, tetapi kesesuaian jenis ubat untuk anda akan
bergantung kepada sebab mengapa anda menghadapi masalah mengovulasi dan hamil. Jadi,
adalah disyorkan untuk mendapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil sebarang ubat
kesuburan.

  1. Clomifene citrate

    Clomifene citrate (clomifene) ialah rawatan menggunakan dadah yang merangsang
    ovari supaya membebaskan telur matang (ovum). Rangsangan ovulasi menggunakan
    clomifene citrate ialah kaedah rawatan yang terkemuka dan berkesan. Clomifene citrate
    ialah rawatan kesuburan yang paling banyak digunakan.
  2. Metformin hydrochloride

    Metformin hydrochloride ialah ubat yang membuatkan badan lebih sensitif terhadap
    hormon insulin. Ianya diberi lesen sebagai kaedah rawatan untuk diabetes, tetapi juga
    berkesan untuk merawat masalah ovulasi wanita yang menghidap sindrom polisistik
    ovari (PCOS). Ia sangat berguna terutamanya bagi wanita yang obes, kerana mereka ini
    lebih berkemungkinan mengalami masalah dengan tahap insulin. Ia juga berguna bagi
    wanita yang clomifen tidak berkesan terhadap mereka apabila digunakan secara
    tersendiri.
  3. Gonadotrophins

    Hormon luteinising (LH) dan hormon penggalak folikel (FSH) adalah jenis-jenis
    gonadotrophins. LH dan FSH merangsang ovari secara langsung untuk menghasilkan
    dan memasakkan telur. Gonadotrophins biasanya digunakan bagi wanita yang
    menghidap PCOS dan ubat-ubatan lain tidak berkesan bagi mereka, atau wanita yang
    menjalani IVF.
  4. Bromocriptine

    Bromocriptine digunakan untuk membetulkan keseimbangan hormon yang boleh
    menghalang ovari daripada membebaskan telur setiap bulan. Bromocriptine mungkin
    bermanfaat jika anda mempunyai terlalu banyak hormon prolaktin dalam badan. Terlalu
    banyak prolaktin mengurangkan tahap hormon estrogen. Ini mengakibatkan masalah
    dengan ovulasi, membuatkan sukar untuk mengandung.

SUNTIKAN HORMON HCG

Suntikan Human Chorionic Gonadotropin (HCG) membantu pembentukan telur yang sihat
dalam rahim wanita. Ia juga membantu pembebasan telur semasa peringkat ovulasi. Dalam
rawatan kesuburan, suntikan hormon HCG digunakan sebagai gabungan kepada ubatan lain
untuk membantu wanita berovulasi. Hormon HCG membantu mengekalkan tahap progesteron
yang tinggi โ€“ perkara penting untuk menentukan kejayaan proses kehamilan.


Walaupun penggunaan hormon HCG adalah bertujuan untuk membantu proses rawatan
kesuburan, tetapi ada beberapa kesan sampingan yang perlu anda perhatikan. Oleh itu,
dapatkan nasihat doktor sebelum membuat suntikan hormon HCG.

Akhir kata, selamat berusaha dan semoga maju jaya diucapkan kepada para bakal ibu dan juga
kepada ibu-ibu yang merancang untuk menambah anak lagi. Selain ubat cepat hamil yang
dicadangkan di atas, anda juga boleh mencuba susu Efferty dan ikhtiar hamil tanpa rawatan.


Sekiranya berminat untuk mencuba ikhtiar hamil dengan susu Efferty dan juga kombinasi
formula Hamil Dr. Rai, boleh dapatkan susu Efferty sebagai ubat cepat hamil yang lengkap
semuanya di sini.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into Peopleโ€™s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *