
Kehamilan adalah salah satu impian bagi setiap pasangan baru berkahwin mahupun
mereka yang telah lama berkahwin. Sekiranya satu-satu pasangan itu agak lambat
mendapatkan zuriat, kebiasaan ianya akan menjadi satu buah mulut kepada masyarakat
sekeliling khususnya melayu. Pastinya ia akan menjadi igauan bagi setiap pasangan
sehingga mereka mencuba pelbagai cara untuk hamil.
Antara simptom hamil yang biasa terjadi pada fasa awal kehamilan adalah seperti
muntah-muntah dan mual di pagi hari. Mual atau nama lainnya adalah ‘morning sickness’
biasanya terjadi kerana kesan perubahan hormon. Walaupun namanya adalah mual pagi, ia
juga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bila-bila masa sepanjang hari. Mual
biasanya berlaku dalam empat bulan pertama kehamilan dan selalunya merupakan tanda
pertama wanita hamil.
- Pening kepala
Terdapat juga simptom-simptom yang lain yang menunjukkan kehamilan seperti
pening kepala. Pening kepala terjadi biasanya kerana tekanan darah rendah dan juga
hormon yang dirembeskan boleh menyebabkan salur darah mengembang.Pening kepala ini
juga kadang-kadang membuatkan pergerakan ibu hamil menjadi agak terbatas. - Pendarahan ringan dan kekejangan perut
Selain itu, pendarahan ringan dan kekejangan perut juga selalu berlaku kepada ibu
yang baru hamil.Kira-kira 20% wanita mengalami pendarahan selama 12 minggu pertama
kehamilan. Kemungkinan penyebab pendarahan trimester pertama termasuk: Pendarahan
implantasi. Anda mungkin mengalami bintik-bintik normal dalam enam hingga 12 hari
pertama setelah hamil ketika telur yang disenyawakan menetap di lapisan rahim.

- Suhu badan meningkat
Tanda-tanda awal kehamilan ada juga menyebabkan suhu badan meningkat. Suhu
badan anda yang normal mungkin meningkat semasa kehamilan, tetapi bukanlah suatu
peningkatan yang besar. Suhu badan mungkin naik sedikit ketika anda jangkakan kerana
peningkatan jumlah darah badan anda untuk memenuhi permintaan bayi anda yang sedang
membesar. Ianya juga terjadi kerana peningkatan bayi dan peningkatan metabolisma tubuh. - Lambat datang haid.
Petanda yang paling jelas menunjukkan hamil adalah apabila terlambat datang haid.
Tempoh yang biasanya dikira lambat adalah setelah 5 hari atau lebih selepas tarikh yang
sepatutnya. Sekiranya anda telah melakukan hubungan bersama dengan pasangan anda
dan kemudiannya anda terlambat haid. Kemungkinan proses persenyawaan sedang berlaku
didalam tubuh badan anda. Namun, ada juga penyebab lain yang membuatkan haid lambat,
seperti stress dan juga pemakanan. - Payudara membesar dan terasa sakit.
Perubahan hormon ketika hamil pada fasa awal juga akan menyebabkan anda
merasa seperti payudara membesar. Ada juga sesetengah kes ibu hamil juga merasakan
payudara mereka seperti sakit dan tidak selesa semasa hamil. Tanda lain seperti warna
puting berubah menjadi kehitaman juga terjadi kepada ibu hamil. Ini terjadi kerana
peningkatan jumlah hormon progesteron serta estrogen yang terjadi semasa hamil. - Sembelit dan kembung perut
Seperti yang terjadi kepada wanita semasa proses kitaran haid, sembelit dan
kembung perut juga ada berlaku kepada ibu hamil. Tanda-tanda hamil seperti ini biasanya
berlaku pada minggu ke 4 sampai ke 6 kehamilan. Proses penghadaman yang agak
perlahan daripada biasa ketika hamil telah membuatkan tanda-tanda sembelit dan kembung
perut ini terjadi kepada ibu hamil. - Perubahan emosi secara tiba-tiba
Sama juga seperti pms atau premenstrual syndrome yang terjadi ketika haid, Ibu
hamil juga akan mendapat tanda-tanda seperti perubahan emosi secara tiba-tiba seperti
marah dan menangis secara tiba-tiba. Di awal kehamilan, Anda mungkin menyedari bahawa
anda jadi lebih emosional dan sensitif dibandingkan sebelumnya. Antara faktor-faktor yang
menyumbangkan perubahan emosi ini adalah seperti perubahan hormon seperti estrogen
dan progesteron dalam tubuh.

- Mudah lesu dan mengantuk
Tanda-tanda hamil yang seterusnya adalah anda akan merasa mudah lesa dan
mengantuk. Hal sedemikian kerana, ketika anda hamil, penghasilan hormon hCG akan
mengawal atur rembesan hormon progesteron yang seterusnya menyebabkan ibu hamil
akan merasa lesu dan mengantuk. Ibu hamil yang kelesuan akan kerap tidur dan kurang
produktif. Nasihat daripada doktor adalah pastikan anda mendapat tidur yang cukup.
Berita baik kepada semua pasangan-pasangan suami isteri yang ingin bergelar ibubapa
diluar sana, Efferty HQ mengeluarkan produk susu ikhtiar hamil utk anda cuba! Susu yang
sedap lagi berkhasiat ini mengandungi nutrisi-nutrisi yang diperlukan oleh tubuh bahan
untuk hamil. Sedap dan tiada rasa hamis kambing langsung!
Sekiranya puan berminat untuk mencuba ikhtiar hamil dengan susu Efferty dan juga
kombinasi formula Hamil Dr. Rai, boleh dapatkannya di sini.