Pregnancy, TTC

AMALAN SURAH UNTUK HAMIL

Anak merupakan anugerah yang tak ternilai dari Yang Maha Esa. Sesudah berikhtiar,
berdoalah kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh supaya diberikan peluang untuk
menimang cahaya mata. Amalkan ayat – ayat dibawah ini selepas setiap kali selepas solat.
InsyaAllah Allah SWT mendengar permintaan hambaNya.

Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Al Anbiyaa: Ayat 89).

Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Al Anbiyaa: Ayat 89).


وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Maksudnya:
Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan
berkata;
Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan
zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89)

Doa Nabi Zakaria a.s :(Surah Ali Imran: Ayat 38)

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهٗ ۚ قَالَ رَبِّ هَبْ لِيْ مِنْ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۚ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاۤءِ

Maksudnya:
Ketika itu Nabi Zakariya berdo’a kepada TuhanNya, katanya: “Wahai Tuhanku Kurnialah
kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar
(menerima) do’a permohonan.”


Selain berdoa, anda dan pasangan juga disarankan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa
sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah SWT yang hebat itu.


Doa adalah senjatanya orang mukmin. Doa bahkan merupakan pangkal atau ‘otak’nya ibadah.
Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW. : “Doa adalah pangkal (otak-)nya Ibadah.” (HR. Tirmidzi)

Surah Al Fatihah untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan


Surah Maryam untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat


Surah Luqman untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa


Surah Yusuf untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak


Surah Hujurat untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak yang bersifat berhati – hati


Surah Yassin untuk ketenangan hati dan elakkan anak terpengaruh godaan shaitan


Surah Taubah untuk membersih jiwa dan terpelihara dari maksiat


Surah an – Nahl untuk melahirkan anak yang berdisplin


Suami hendaklah membaca “Ya Mutakkabir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak
11 kali sebelum melakukan hubungan intim bersama isteri.


Isteri hendaklah membaca “Ya Zaljalaali Wal Ikram” sebanyak 11 kali kemudian tiup ke dalam
air dan air tersebut diminum.


Anda dan pasangan hendaklah membaca Surah Yusuf atau Surah Maryam setiap hari.

Selain berdoa cepat hamil secara Islam, wanita – wanita yang ingin hamil juga perlu menjaga
dan mengamalkan pemakanan yang sihat seperti pemakanan yang kaya dengan protein kerana
ia rendah lemak dan kurang kalori seperti telur, kacang almond, susu dan daging ayam. Selain
itu, makanan yang mengandungi omega 3 seperti ikan salmon, sardin, tuna dan telur. Untuk
segera hamil, anda juga perlu banyak makan karbohidrat untuk tambah tenaga seperti roti
gandum dan beras perang. Vitamin B, antioksidan dan zat besi turut membantu reproduksi
dalam keadaan subur.

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan
sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar” (Surah al-Anfal ayat 27-28).

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *