TTC

APA PERLU BUAT SELEPAS BERSETUBUH UNTUK HAMIL

Setiap pasangan suami isteri tentunya mendambakan kehadiran cahaya mata dalam
perhubungan rumah tangga mereka.. Sama ada ini kelahiran pertama mahupun kelahiran
berikutnya buat anda, persediaan menyambut ahli baru dalam keluarga sememangnya penuh
keterujaan.

Seperti yang kita tahu, selepas haid adalah waktu yang paling subur bagi wanita. Jadi seelok –
eloknya, anda menggunakan masa ini untuk bersama pasangan. Akan tetapi, ramai wanita
yang tersalah mengira waktu subur mereka. Ini membuatkan mereka terlepas peluang
“keemasan” tersebut. Oleh itu, anda sebagai wanita perlu mengetahui terlebih dahulu waktu
ovulasi anda. Kebiasaannya waktu subur seorang wanita adalah antara 2 hingga 5 hari
sebelum terjadinya ovulasi. Dengan mengetahui waktu ovulasi, pastinya ia akan memudahkan
anda untuk mengetahui waktu subur dan masa terbaik untuk bersama pasangan.

Walaubagaimanapun, jika anda sudah tahu waktu subur anda dan pasangan serta waktu
sesuai untuk melakukan hubungan intim, kini tiba masanya untuk mengetahui apa yang perlu
anda lakukan selepas bersama suami untuk meningkatkan peluang menimang kehamilan..

  1. Selepas melakukan hubungan intim, anda disarankan untuk terus berbaring. Kajian yang
    dilakukan mencadangkan wanita yang kekal berbaring bersama pasangan selepas hubungan
    intim, akan meningkatkan lagi peluang untuk hamil. Baringlah sekurang-kurangnya 10 hingga
    15 minit selepas bersama.
  2. Semasa ingin mencuci vagina selepas daripada melakukan hubungan intim, hindari dari
    menggunakan cecair pembersih vagina kerana ia bersifat toksik kepada sperma. Seeloknya,
    cuci bahagian sulit dengan air paip atau air suam.
  3. Anda juga perlu membuang air kecil selepas melakukan hubungan intim kerana perbuatan ini
    dapat mencegah jangkitan saluran kencing (UTI). Ini kerana, faraj lebih mudah terdedah
    dengan segala jenis virus dan bakteria semasa seks. Sekiranya anda membuang air kecil,
    segala virus dan bakteria yang wujud di dalam faraj akibat seks mungkin akan terkeluar sekali
    bersama dengan air kencing.

    Haa.. Anda mesti risau kan sekiranya buang air kecil, sperma tidak akan masuk ke rahim dengan betul? Usah khuatir! Anda perlu tahu bahawa sel sperma sebenarnya boleh bergerak selaju 16 kilometer per jam. Sisa sel sperma yang tidak berjaya menuju ke rahim akan terjebak di sekitar mulut faraj dan hanya 1% daripadanya akan terjebak di luar faraj. Disebabkan kuantiti sel sperma yang terlalu banyak serta kepantasan ia bergerak, sudah tentu ia akan berjaya sampai ke rahim dengan cepat. Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa kehamilan boleh terjadi dengan satu sel sperma dan sel telur sahaja.

  4. Jika anda ingin menimang cahaya mata, ambil lah asid folik mulai sekarang. Lebih awal lebih
    bagus. Ini supaya ovari anda menghasilkan telur yang berkualiti untuk “bercantum” dengan
    sperma. Asid folik ialah nutrien penting yang melindungi bayi anda daripada masalah-masalah
    berkaitan otak dan saraf tunjang. Pada peringkat awal, berkemungkinan besar anda masih
    belum sedar yang anda hamil. Oleh itu, pentingnya pengambilan asid folik sekiranya anda cuba
    untuk hamil. Contoh asid folik seperti buah – buahan, sayuran dan kekacang.
  5. Anda juga perlu mengambil pemakanan yang berfungsi menstabilkan hormon – hormon dan
    mengatur kesuburan. Sebagai contoh, bijiran penuh juga merupakan makanan untuk cepat
    hamil. Antara bijirin penuh yang anda boleh amalkan ialah seperti beras perang, oat dan barli.
    Kesemua makanan ini mengandungi Vitamin B, serat dan antioksidan.
  6. Elakkan dari stres! Agar hormon anda dan pasangan tidak terganggu. Cuba anda dan
    pasangan lakukan aktiviti yang disukai. Sebagai contoh, keluar “shopping” dan makan bersama,
    atau boleh juga menonton rancangan televisyen kegemaran. Ia sedikit sebanyak dapat
    mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan serta mempersiapkan diri untuk kehamilan..


    Perkara paling utama, hendaklah berdoa kepada Allah SWT setelah kita berikhtiar bermacam
    cara untuk mendapatkan zuriat. Banyakkan solat taubat, solat tahajjud, solat hajat dan dhuha
    moga kita dimurahkan rezeki untuk hamil. Janganlah berputus harap terhadapNya..


    Kenapa mesti pilih susu Efferty?? Kalau nak tahu, susu Efferty ini dapat membantu
    merendahkan hormon stress, meningkatkan metabolisma badan, menstabilkan hormon,
    meningkatkan kesuburan, menyokong pelekatan janin, menyokong tumbesaran secara normal
    janin serta membantu merendahkan risiko anemia semasa hamil.. Banyak kan manfaat susu
    Efferty ini. Susu bukan sebarang susu tau!


    KLIK sini untuk tahu lebih lanjut susu Efferty

    About Author

    Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

    Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

    To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

    Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *