SEMINAR 3S

5 TANDA TIDAK SUBUR UNTUK SUAMI DAN ISTERI

Pasangan suami isteri yang cuba menimang cahaya mata setelah berkahwin selama beberapa
tahun kadangkala tidak sedar tentang satu perkara. Perkara tersebut adalah tidak subur. Kalau
cakap berkenaan tidak subur, mesti jari akan menunding ke arah wanita. Namun, pada
hakikatnya masalah berkaitan kesuburan ini boleh berlaku sama ada kepada lelaki mahupun
wanita.

PUNCA MASALAH TIDAK SUBUR

Antara punca ketara masalah tidak subur adalah akibat daripada gaya hidup yang semakin
tidak sihat. Kecenderungan masyarakat memilih makanan segera antara faktor yang perlu
diberi perhatian. Pengambilan makanan segera ditambah dengan kurang bersenam secara
tidak langsung mengganggu masalah kesuburan individu tidak kira kepada lelaki mahupun
wanita. Peningkatan penyakit kronik dalam kalangan golongan muda seperti tekanan darah
tinggi, kencing manis dan obesiti antara penyebab menurunnya kesuburan.

Selalunya apabila timbul masalah ini, individu wanita akan sering menjadi mangsa. Mereka
akan dianggap sebagai punca tidak subur sehingga menyukarkan proses kehamilan. Tetapi
adakah benar hanya wanita sahaja yang mengalami masalah ketidaksuburan ini?


TANDA TIDAK SUBUR UNTUK SUAMI DAN ISTERI

Anggaran hampir 1 daripada 8 pasangan suami isteri akan bergelut dengan masalah tidak
subur walaupun melakukan hubungan seks tanpa pelindung selama 6 bulan hingga 1 tahun.
Bagi sesetengah pasangan, terdapat beberapa simptom atau tanda awal yang boleh
menunjukkan wujudnya masalah berkaitan kesuburan.


Berikut adalah 5 tanda tidak subur yang boleh anda dan pasangan anda perhatikan.

  1. Kitaran Haid Yang Tidak Teratur

Ketika haid bermula, mengalami tempoh yang tidak teratur boleh menjadi normal. Tubuh
memerlukan sedikit masa untuk diatur. Namun, setelah anda melalui usia remaja, kitaran haid
anda haruslah tetap. Mengalami kitaran tidak teratur boleh menjadi sesuatu yang harus
diperhatikan kerana ia boleh menjadi tanda masalah ovulasi.


Haid yang tidak teratur ditafsir sebagai tempoh kitaran haid yang terlalu pendek iaitu kurang 24
hari atau terlampau lama melebihi 35 hari. Haid yang datang tanpa diduga juga dianggap
sebagai masalah kitaran haid tidak teratur.

2. Kadar Keguguran

Masalah keguguran bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Sebaliknya, ianya berlaku pada
hampir 20% daripada kebanyakan kadar kehamilan. Walaubagaimanapun, keguguran berulang
kali bukan sesuatu yang biasa. Hanya 1% wanita akan keguguran tiga kehamilan berturut-turut.
Sekiranya anda mengalami dua keguguran berturut-turut, berbincanglah dengan doktor anda.

3. Masalah Ejakulasi

Masalah berkaitan kesuburan bagi lelaki selalunya sukar untuk dikenal pasti. Biasanya masalah
berkaitan jumlah sperma yang rendah atau laluan sperma yang terhalang hanya boleh
ditentukan berdasarkan analisis sperma di makmal. Ini bermakna seseorang individu lelaki tidak
akan dapat mengesan jika wujudnya masalah tersebut. Tetapi sekiranya pasangan anda
mungkin mengalami masalah disfungsi ereksi, ia turut boleh menjadi masalah ketidaksuburan.

4. Umur (Lebih Tua Dari 35)

Kesuburan wanita dan lelaki menurun seiring dengan penambahan kadar usia. Risiko
kemandulan meningkat pada usia 35 tahun bagi wanita dan akan terus meningkat.
Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh usia — walaupun tidak begitu drastik seperti pada
wanita. Penyelidikan mendapati bahawa seiring bertambahnya usia, kesuburan lelaki dan
kesihatan sperma menurun (termasuk peningkatan sperma yang rosak DNA).

5. Penyakit Kronik

Penyakit kronik, serta perawatannya juga dapat menyebabkan masalah kesuburan. Diabetes,
penyakit seliak yang tidak dirawat, penyakit periodontal, dan hipotiroidisme dapat meningkatkan
risiko anda untuk kemandulan. Kadang kala, rawatan untuk penyakit kronik boleh memberi
kesan negatif terhadap kesuburan. Tambahan pula, insulin, antidepresan, dan hormon tiroid
boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur.

Namun demikian, ini tidak bermakna anda tidak akan berpeluang menimang zuriat jika anda
mendapati diri dan pasangan anda tidak subur. Segala masalah kesuburan dapat dielakkan
dengan susu rumusan khas kesuburan Efferty yang diformulakan oleh Dr.Raihana. Dapatkan
susu Efferty untuk ikhtiar hamil tanpa rawatan hari ini! Dapatkannya di sini.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *