Kita sering terdengar tentang kaitan antara ejakulasi dan rambut gugur, tetapi sebenarnya adakah ini satu mitos atau hakikat? Mari kita kupas bersama-sama.
Pertama sekali, mari kita melihat punca utama rambut gugur. Stress adalah faktor utama. Stres boleh datang dari pelbagai aspek kehidupan, termasuk tekanan emosi, fizikal, dan pemakanan. Kurang tidur atau jadual tidur yang tidak teratur juga boleh mencetuskan stres. Di samping itu, pemakanan yang kaya dengan bahan pengawet dan makanan terproses seperti kiub ayam atau perencah boleh merosakkan sel-sel badan dengan cepat, menyebabkan penuaan awal dan keguguran rambut.

Kedua, kekurangan zat adalah faktor yang signifikan. Zinc, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, Selenium, dan Magnesium adalah nutrien penting yang diperlukan untuk kesihatan rambut. Keadaan ini sering berlaku kerana makanan harian kita mungkin tidak mencukupi keperluan nutrien ini.
Ketiga, pemilihan syampu yang tidak sesuai boleh merosakkan rambut. Syampu yang mengandungi bahan kimia seperti Phthalates, Paraben, dan wangi buatan boleh membuat rambut rapuh dan menghalang penyerapan nutrien.

Nampaknya, ejakulasi bukanlah faktor utama yang menyebabkan rambut gugur. Pre-ejakulasi mengandungi protein dalam jumlah yang sangat kecil, dan tidak mencukupi untuk menyebabkan kekurangan protein dalam badan. Hormon DHT yang ada dalam pre-ejakulasi telah dihubungkan dengan keguguran rambut dalam beberapa teori, tetapi ini masih kontroversi dan tidak pasti.

Sebenarnya, ejakulasi menghasilkan hormon gembira oxytocin. Hormon ini dapat mengurangkan stres dalam badan, dan apabila stres berkurang, rambut kita cenderung untuk tidak gugur. Sebenarnya, ejakulasi boleh meningkatkan hormon seksual yang dapat meningkatkan kesihatan rambut.
Jadi, tidak perlu risau jika anda ejakulasi dalam kadar yang normal. Ia tidak akan menyebabkan rambut gugur. Anda perlu memberi lebih perhatian kepada faktor-faktor seperti stres, pemakanan, nutrien, dan pemilihan produk penjagaan rambut yang betul. Jika ingin menjaga kesihatan rambut anda, pastikan untuk mengamalkan pemakanan seimbang, mengurangkan stres, dan menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai.
Efferty ada satu flavour unik untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur dan kuku rapuh. Flavour apa tu? Flavour asas dari ubi bit. Beli Flavour BEETROOT di efferty.com