Menghampiri usia 35 tahun mungkin menjadi masalah bagi sesetengah wanita yang ingin
menimang cahaya mata buat kali kedua, ketiga mahupun keempat. Kebiasaannya, apabila
anda pernah hamil dan melahirkan bayi secara normal, selalunya tidak sukar untuk hamil lagi.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar untuk hamil lagi, mungkin disebabkan beberapa
faktor lain yang menganggu kesuburan.

Selain itu, sebagai wanita yang telah menimang cahaya mata sebelum ini, anda perlu
melakukan pemeriksaan untuk menganalisa punca sekiranya anda sukar untuk hamil lagi. Anda
tidak boleh menggangap tahap kesihatan dan kesuburan anda masih sama macam dahulu.
Tahap kesihatan dan kesuburan kita adakalanya turun atau naik. Terutama sekali faktor usia
yang semakin bertambah. Wanita berusia berisiko untuk mendapat polyp, cyst, endometriosis
dan fibroid. Jadi, rajin – rajin lah buat pemeriksaan dengan doktor ya!
Pengalaman mengandung untuk kali pertama dan kali kedua boleh jadi berbeza, walaupun
pada wanita yang sama. Terdapat banyak kes pasangan sukar hamil setelah mempunyai
seorang atau dua anak walhal mereka tidak pernah mempunyai masalah sebelumnya. Jangan
pandang ringan! Anda masih perlu membuat perkiraan kitaran haid dan waktu subur untuk
meningkatkan peluang menimang cahaya mata lagi.
Perlu diingatkan juga bahawa ovulasi tidak selalu berlaku pada hari yang sama dalam kitaran
haid bulanan anda. Secara puratanya, wanita mempunyai kitaran haid 28 hingga 30 hari.
Tetapi ada juga wanita yang “istimewa” kerana kitaran haid lebih cepat iaitu 25 hari atau lebih
lewat sehingga 35 hari. Semuanya bergantung kepada hormon anda. Kalau anda nak tahu,
terdapat juga cara lain untuk mengetahui waktu subur, iaitu anda akan berasa suhu badan anda
“naik” sedikit pada tempoh subur. Selain itu, terdapat lendiran cecair yang jernih pada
kemaluan. Ini disebabkan hormon yang sedang meningkat pada tempoh ini.

Waktu subur atau tempoh persenyawaan biasanya berlaku selama 12 hingga 24 jam, tetapi ada
juga yang lebih pendek atau lebih panjang tempoh nya. Waktu yang singkat ini sebaiknya
dimanfaatkan oleh pasangan untuk bersama agar lebih berpotensi mendapatkan anak. Tempoh
subur bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal berlaku pada hari ke 14. Pada
tempoh ini lah proses persenyawaan berlaku. Telur akan keluar dari sarangnya disebabkan
oleh peningkatan Luteinizing Hormome (LH) secara mendadak. Sekiranya telur ini tidak
disenyawakan oleh sperma, maka telur ini akan mati atau hilang. Tetapi, jika disenyawakan, ia
akan turun ke rahim melalui fallopian tube. Justeru itu, anda dan pasangan disarankan perlu
mengambil peluang ini untuk “bersama” sekiranya teringin untuk menimang cahaya mata lagi.
Anda biasanya dinasihatkan supaya terus mencuba untuk hamil selama sekurang – kurangnya
satu tahun sebelum merujuk kepada pakar tentang masalah sukar hamil. Walaubagaimanapun,
jika anda berumur 36 tahun atau lebih atau anda mempunyai masalah kesihatan seperti haid
tidak teratur yang boleh menjejaskan keupayaan anda untuk hamil lagi sekali, maka anda
disarankan supaya mendapatkan bantuan dengan segera.
Di samping itu, kita boleh lihat trend pasangan sekarang yang nak anak – anak umur hampir
dekat. Untuk kaum – kaum ibu yang pasang niat nak menimang cahaya mata lagi, anda
dinasihatkan perlu memastikan dahulu rahim anda benar – benar pulih untuk hamil semula.
Sebelum “bersama” dengan pasangan, anda perlu mempersiapkan mental dan fizikal dahulu
sebelum membuat keputusan untuk hamil semula. Komplikasi boleh berlaku sekiranya anda
pandang ringan isu penjagaan rahim. Oleh itu, buatlah perancangan betul – betul dengan
pasangan sekiranya mempunyai niat untuk hamil lagi. Perkara ini penting untuk mengelakkan
kehamilan berisiko tinggi dari berlaku.
Akhir sekali, banyakkan berdoa dan mohon padaNYA agar niat untuk hamil lagi tercapai.
Istighfar dengan banyak akan membuatkan anda memperoleh rezeki yang tidak disangka
sangka. Jangan putus doa ya jika mahu dikurniakan zuriat lagi dengan mudah dan cepat.
Efferty ialah susu kambing yang diformulasikan oleh Dr Rai. Beliau merupakan pakar dalam
membantu wanita pasangan yang berikhtiar untuk menimang cahaya mata. Antara kelebihan
susu ini adalah dapat membantu menstabilkan hormon dan mematangkan telur bagi wanita.
Susu Efferty mempunyai multivitamin yang membantu bagi individu yang mempunyai
penyerapan nutrien yang rendah. Selain itu, susu ini juga mempunyai ekstrak madu dan kurma
bagi melancarkan sistem penghadaman dan berfungsi mengurangkan pendarahan sewaktu
bersalin.
Haa selain itu juga, susu Efferty ini dapat memberikan khasiat yang sangat baik untuk bayi
dalam kandungan. Rasanya yang sedap juga membuatkan anda tak rasa muak bila minum!
Susu Efferty didatangkan dengan tiga perisa iaitu Original, Strawberi dan Coklat. Klik untuk lihat
pakej hamil Efferty.
