TTC

TEMPOH HAID DAN WAKTU SUBUR UNTUK HAMIL

Kehadiran cahaya mata pastinya mewarnai lagi dan mengeratkan ikatan perhubungan suami
isteri. Tapi tak semua dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata pada peringkat awal
perkahwinan.. Ada pasangan yang terpaksa tunggu bertahun – tahun nak rasa nikmat sebagai
ibu bapa.

Jika anda ingin meningkat kan kebarangkalian untuk hamil, kiraan anggaran waktu subur
selepas datang haid boleh membantu anda dan pasangan untuk merancang kekerapan untuk
“bersama”. Secara umum, kitaran haid yang normal adalah setiap 28 – 30 hari. Hari pertama
anda datang haid dikira sebagai hari pertama. Sekiranya haid seterusnya datang pada hari ke28, maka anda mempunyai kitaran haid biasa yang setiap 28 hari. Waktu subur wanita dengan
kitaran haid yang normal adalah pada hari yang ke-13 hingga hari ke-15 anda datang haid.
Contohnya, jika anda datang haid pada 1 Disember, maka waktu subur anda adalah pada 13
Disember hingga 15 Disember.

Perkiraan waktu subur memainkan peranan penting untuk pasangan yang ingin menimang
cahaya mata. Setelah mengetahui waktu subur, anda dan pasangan bolehlah “bersama” pada
tarikh – tarikh tersebut. Tapi, jika anda masih belum ingin hamil, ELAKKAN dari melakukan
hubungan intim pada tarikh – tarikh subur tersebut.

Untuk pengetahuan anda, bukan sahaja hal perkiraan kitaran haid dan waktu subur, terdapat
juga aspek lain yang perlu dititikberatkan oleh anda dan pasangan kalau nak merasa untuk
menimang cahaya mata. Anda dan pasangan perlu bijak mengawal tekanan emosi terutama
bila berlaku pertengkaran dalam rumah tangga. Biasalah, siapa je yang tak pernah gaduh
selepas melangkah ke alam perkahwinan. Kadang – kadang isu kecil pun dibesar – besarkan.


Oleh itu, anda dan pasangan perlu memainkan peranan untuk memastikan rumah tangga
sentiasa berada dalam persekitaran yang positif. Selain itu, anda dan pasangan juga haruslah
berusaha untuk menjalani gaya hidup yang sihat. Anda atau pasangan perlu mengelakkan
tabiat merokok atau makan secara berlebihan. Cuba juga untuk bersenam sekurang –
kurangnya tiga kali seminggu. Yang paling penting, setiap pasangan perlu mendapatkan ilmu
berkaitan proses ovulasi dan tempoh kitaran subur untuk merancang kehamilan.

Haa ini perkiraan untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal. Tapi bagaimana pula
dengan wanita yang mempunyai kitaran haid yang TAK normal??


Kitaran haid yang tak normal bermaksud anda mengalami ovulasi secara tidak teratur atau tidak
mengalami ovulasi langsung. Bagi wanita yang mengalami kitaran haid tak teratur, kitaran haid
mereka mungkin berubah – ubah setiap bulan seperti 24 hari, 26 hari, 21 hari dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda juga, jika anda datang haid sekali sahaja dalam 3 bulan, ini bermakna
dalam 3 bulan itu, hanya sekali sahaja waktu subur anda. Ini antara punca utama ramai wanita
gagal untuk hamil.

Justeru itu, penting untuk wanita yang dah berkahwin untuk mengetahui sama ada kitaran haid
mereka normal atau tak normal dan juga perkiraan tempoh waktu subur mereka.. Kebiasaan
wanita akan kata “saya hanya bersama dengan suami kalau ada masa, tapi tak ada rezeki nak
hamil lagi”. Kalau tak tahu waktu bila kita tengah subur, memang tiada peluang lah untuk hamil.
Untuk hamil, telur isteri perlulah subur terlebih dahulu dan seterusnya baru persenyawaan boleh
berlaku.

Jika anda sedang berusaha untuk menimang cahaya mata, susu ikhtiar hamil dari Efferty HQ
sangat disyorkan kerana mempunyai nutrisi yang cukup untuk persediaan bakal – bakal ibu
dengan 3 kandungan utama iaitu folic acid, inositol dan multivitamin. Selain itu, susu ini juga
membantu menguatkan dinding rahim untuk penempelan janin. Susu dari Efferty HQ ini juga
mampu mempertingkatkan potensi persenyawaan telur yang matang tau! Memang All in One
susu ini. Kalau nak tahu apa yang membezakan susu dari Efferty HQ dengan produk lain
adalah susu ini bukan sahaja bantu wanita yang sedang berikhtiar hamil, tapi membantu juga
melancarkan darah haid anda. Selain itu, dapat meningkatkan metabolisme badan wanita. Yang
istimewanya, dapat juga merendahkan hormon stress!


Tunggu apa lagi?? Jom dapatkan cepat เธ€เธ€

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into Peopleโ€™s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *