Kita bayangkan seorang wanita bernama Aina, 30 tahun, telah berkahwin selama tiga tahun dan sedang berikhtiar untuk hamil. Setiap bulan, dia akan menunggu dengan penuh debaran sama ada ‘period’ akan datang atau tidak. Suatu hari, dia perasan haidnya lewat dua hari. Hatinya berdebar, tetapi dia cuba menenangkan diri, takut berharap terlalu tinggi.
Pada hari ketiga, dia membuat keputusan untuk melakukan ujian kehamilan di bilik air. Hatinya berdebar apabila melihat dua garisan halus muncul di UPT. Air matanya mengalir, tak percaya akhirnya doa yang dipanjatkan setiap malam dijawab Tuhan. Dia terus memeluk suaminya dengan senyuman lebar.
Namun, beberapa hari kemudian, Aina mula mengalami pendarahan. Pada mulanya, dia ingatkan ia hanya spotting biasa. Tetapi apabila darah semakin banyak, hatinya mula rasa tak sedap. Dia segera ke klinik, dan doktor mengesahkan ia adalah chemical pregnancy. Aina terkedu. Dia tidak tahu apa itu chemical pregnancy, dan lebih menyedihkan, dia tidak tahu bahawa dia hamil sehinggalah ia sudah tiada.
Kehamilan kimia atau lebih dikenali sebagai chemical pregnancy adalah sejenis keguguran awal yang berlaku sebelum minggu kelima kehamilan. Keadaan ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan berjaya ditanam di dinding rahim, tetapi gagal berkembang menjadi janin. Biasanya, wanita yang mengalami kehamilan kimia tidak menyedari mereka hamil kerana keguguran berlaku terlalu awal, kadang-kadang hanya beberapa hari selepas kitaran haid yang sepatutnya.
Kenapa Wanita Tak Perasan Mereka Tengah Hamil?
Salah satu sebab utama wanita tidak menyedari mereka hamil ketika kehamilan kimia ialah kerana simptomnya hampir menyerupai haid biasa. Antara tanda-tanda kehamilan kimia termasuk:
- Kelewatan Haid: Haid mungkin lewat beberapa hari, tetapi ia sering disalah anggap sebagai kitaran haid yang lambat.
- Ujian Kehamilan Positif: Ujian kehamilan (UPT) mungkin menunjukkan dua garis positif disebabkan hormon hCG yang dikesan dalam darah dan air kencing. Walau bagaimanapun, paras hormon ini akan menurun dengan cepat apabila keguguran berlaku.
- Pendarahan yang Kelihatan Seperti Haid: Ramai wanita akan mengalami pendarahan yang kelihatan seperti haid biasa, cuma mungkin sedikit lebih berat atau lebih ringan daripada biasa.
- Kekejangan Perut: Kekejangan mungkin dirasai, tetapi ia sering disalah anggap sebagai sakit senggugut biasa.
- Tiada Simptom Kehamilan Nyata: Kebanyakan wanita tidak mengalami simptom kehamilan yang biasa seperti loya, muntah, atau keletihan kerana kehamilan tidak sempat berkembang dengan cukup lama untuk mencetuskan perubahan hormon yang signifikan.
Kehamilan kimia boleh menjadi pengalaman yang emosi dan memenatkan. Efferty memahami ini, sebab itu kami bukan sekadar menawarkan produk, tetapi juga komuniti sokongan (support group) untuk wanita TTC (Trying to Conceive). Mereka boleh berkongsi pengalaman, mendapatkan sokongan moral, dan belajar tentang penjagaan kesihatan yang betul dalam fasa ikhtiar hamil.