Haid merupakan keadaan semula jadi yang terjadi kepada golongan wanita. Apabila wanita
datang haid, mereka bukan sahaja tidak berasa selesa, malah akan mengalami beberapa
masalah lain seperti perubahan mood, senggugut, sakit kepala, malah ada yang mengalami
sakit pinggang ketika datang haid… Senggugut atau nama saintifiknya dysmenorrhoea ialah
kesakitan yang dialami pada bahagian pelvis ataupun bawah perut ketika datang haid.

Terdapat dua kategori bagi senggugut iaitu primary dysmenorrhoea dan secondary
dysmenorrhoea. Primary dysmenorrhoea ialah rasa sakit yang berlaku berpunca dari proses
fisiologi yang normal berlaku bagi setiap wanita. Primary dysmenorrhoea kebiasaannya berlaku
kepada wanita yang belum berkahwin. Jangka waktu rasa sakit adalah berbeza bagi setiap
wanita, ada yang mengalami pada hari pertama atau hari kedua haid. Kesakitan ini akan dirasai
di bahagian bawah abdomen iaitu bahagian belakang badan atau paha. Antara simptom yang
biasa dialami pada peringkat primer ini adalah rasa loya dan muntah, keletihan, serta cirit-birit.
Selain itu, kalau nak tahu, senggugut akan berkurangan ataupun hilang selepas berkahwin atau
selepas melahirkan. Tetapi, jika anda masih berasa sakit yang teruk, kemungkinan senggugut
tersebut telah masuk ke kategori sekunder tau! Oleh itu, senaman, pengambilan nutrisi
pemakanan yang mencukupi serta tidak berada dalam keadaan tertekan juga merupakan
amalan penting bagi mengurangkan rasa sakit.
Manakala, bagi secondary dysmenorrhoea pula ialah rasa sakit sewaktu haid berpunca
daripada abnormaliti pada organ peranakan. Lazimnya, secondary dysmenorrhoea ini lebih
teruk dan lebih panjang waktu nya. Sekiranya dibiarkan, boleh membawa kesan buruk untuk
jangka masa panjang seperti mengalami masalah kesuburan, keguguran mahupun pendarahan
yang berlebihan. Antara simptom yang biasa dialami pada peringkat sekunder ini adalah anda
mengalami kekejangan yang amat teruk. Biasanya kekejangan ini hanya melibatkan bahagian
bawah abdomen dan suprapubic (kawasan sekitar bahagian rahim). Menjalani gaya hidup sihat
dan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang adalah amat penting bagi menghindari
daripada mengalami masalah ini untuk tempoh jangka masa panjang dan berterusan.

Memang rasa sangat tertekan dan asyik nak marah je kan kalau datang senggugut ini.. Habis
satu badan rasa sakit – sakit! Haa EFFERTY nak share sedikit tentang tips yang berkesan untuk
hilangkan rasa senggugut tu. Ini adalah cara yang ringkas dan berkesan bagi kebanyakkan
wanita;
Percaya tak, tuam dengan air panas merupakan cara paling mudah dan berkesan untuk
hilangkan senggugut. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi
lebih relaks. Tuam saja di bahagian yang rasa sakit itu, perut ke pinggang ke. Barulah lega..
Tuaman panas ini boleh dibeli di farmasi, alaa laburkan lah sedikit wang untuk hilang rasa sakit
ini. Selain itu, anda juga digalakkan agar minum air suam banyak – banyak. Air suam
mempunyai banyak kelebihan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan
peredaran darah dalam tubuh badan. Minum air suam juga boleh memberi kelegaan kepada
otot rahim yang kejang.
Waktu tengah senggugut mesti rasa nak menyendiri je kan asyik nak duduk dalam bilik
menahan sakit.. Tak elok waktu senggugut ini emosi berada dalam keadaan negatif. Tekanan
ini mampu memburukkan keadaan akibat penghasilan hormon yang tidak seimbang. Cubalah
sibukkan diri anda dengan aktiviti – aktiviti fizikal seperti kemas rumah atau melakukan senaman
ringan. Selain itu, pengamalan herba. Antara yang popular ialah halia. Caranya, ambil
segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam untuk dijadikan
teh. Mudah kan?
Masa tengah datang haid mesti rasa craving nak makan macam – macam kan? Namun begitu,
tak semua makanan boleh dimakan tau sewaktu sedang senggugut. Elakkan dari makanan
yang diproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein dan snek – snek
yang tidak berkhasiat. Banyakkan pengambilan makanan buah – buahan, sayur – sayuran dan
makanan yang berserat tinggi.
Senggugut juga boleh dikawal dengan pengambilan pil penahan sakit seperti Panadol.
Walaupun ramai yang cuba mengelak daripada mengambilnya, kesakitan ini boleh dikawal
dengan mengambil ubat penahan sakit seperti Panadol, iaitu sejenis paracetamol. Pengambilan
ubat – ubatan begini tidaklah memudaratkan, asalkan anda mengambilnya dengan dos yang
betul. Tapi perlu ingat! Pil ini hanya berfungsi untuk melegakan sahaja, bukan untuk merawat.

Kadangkala, kesakitan atau kekejangan yang berlaku secara serius adalah petanda bagi
beberapa penyakit lain berkaitan dengan rahim. Jika anda mengalami rasa sakit yang teruk dan
berpanjangan sewaktu haid, pemeriksaan teliti oleh doktor harus segera dilakukan. Ini bertujuan
bagi memastikan anda tidak mengalami masalah yang lebih serius iaitu penyakit endometriosis.
Apa itu endometriosis?
Endometriosis adalah penyakit yang berpunca daripada sebahagian
lapisan tisu dalam rahim yang tumbuh di bahagian lain dalam tubuh badan. Kajian turut
melaporkan hampir 1 daripada 7 wanita yang berumur antara 30 dan 45 menghidapinya.
Sekiranya dibiarkan, endometriosis mampu menjadi penyebab susah hamil dan boleh
mewujudkan kesakitan ketika mengadakan hubungan kelamin dengan pasangan.
Endometriosis ini juga boleh menyebabkan parut dan pembentukan tisu dalam tiub falopia
anda. Ini menyebabkan lebih sukar bagi sperma pasangan untuk sampai ke telur anda. Bahaya
kan kalau dah sampai tahap begini??
Susu Efferty merupakan nutrisi persediaan hamil yang diformulasikan oleh Dr Raihana Ismail.
Selain menjadi ikhtiar kepada ingin mendapatkan zuriat, susu ini turut membantu wanita yang
mengalami masalah senggugut yang teruk.. Sejauh mana keyakinan pengguna susu Efferty ni?
Haa special tau, susu ini telah diuji oleh founder, haid menjadi lebih teratur dan lancar selepas
mengamalkan susu Efferty ini. Fokus Efferty HQ sememangnya untuk menstabilkan hormon
seksual serta mencegah masalah peranakan. Oleh itu, jangan bertangguh lagi ! Bertindak
sekarang dengan hanya sedikit usaha mungkin merubah segalanya.
