Pregnancy, TTC

PETUA HAMIL CEPAT TANPA RAWATAN

Bagi kebanyakan orang, ikhtiar hamil adalah suatu perjalanan yang menyeronokkan dan
menarik. Namun bagi sesetengah pasangan, ia boleh menjadi perkara yang mengundang stres
dan menimbulkan kegelisahan. Telah mencuba pelbagai cara? Tetapi tidak berjaya? Dapatkan
di sini petua hamil cepat tanpa memerlukan apa-apa rawatan kesuburan.


KETIDAKSUBURAN

Ketidaksuburan ini merujuk kepada ketidakupayaan pasangan untuk hamil walaupun telah
setahun berusaha (atau lebih), dengan adanya hubungan intim bersama pasangan sekurangkurangnya 2 โ€“ 3 kali seminggu tanpa halangan ataupun menggunakan sebarang kaedah pencegah kehamilan.

Walaubagaimanapun, bagi wanita berusia 35 tahun dan ke atas dinasihatkan tidak menunggu
setahun, sebaliknya digalakkan terus membuat pemeriksaan dan rawatan jika tidak lagi hamil
setelah 6 bulan berusaha.


Walaupun anda tidak menghadapi masalah kemandulan tetapi ingin mengandung atau
merancang untuk hamil cepat, adalah idea yang baik untuk mengambil langkah-langkah untuk
meningkatkan kesuburan anda dan pasangan anda dengan menggunakan kaedah semula jadi
yang sihat dan hamil cepat tanpa rawatan.

HAMIL CEPAT TANPA RAWATAN


Rasanya bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata atau sudah tidak sabar hendak
menimang cahaya mata, mesti sudah mencuba bermacam rawatan kesuburan. Bagaimana
pula dengan petua hamil cepat tanpa rawatan?


Berikut merupakan beberapa petua hamil cepat tanpa rawatan yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan kesuburan bagi pasangan yang sudah tidak sabar untuk menimang cahaya
mata.

  1. Jaga Pemakanan dan Diet

Kaedah yang baik untuk meningkatkan kesuburan secara semula jadi dan kesejahteraan
keseluruhan tubuh anda adalah dengan makan makanan โ€œwhole foodsโ€. Semasa mencuba
hamil, amalkan pemakanan sayur-sayuran berdaun, tenusu organik dan protein berkualiti tinggi.
Ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesuburan anda, tetapi amalan makan secara sihat akan
meningkatkan kesejahteraan anda sepanjang kehamilan.

  1. Usahakan Berat Badan yang Sihat

Berat badan yang terlalu berat boleh mengurangkan kemungkinan untuk mengandung, tetapi
terlalu kurus akan menyukarkan lagi peluang untuk hamil. Memiliki terlalu banyak lemak badan
akan menghasilkan estrogen berlebihan di mana ia boleh mengganggu proses ovulasi.
Kehilangan 5 hingga 10 peratus berat badan sebelum seorang wanita mula hamil boleh
meningkatkan kesuburannya. Manakala, wanita yang terlalu kurus mungkin tidak akan
mengalami menstruasi secara biasa atau boleh berhenti berovulasi.

  1. Kurangkan Senaman Secara Berlebihan

Walaupun menjadi aktif secara fizikal hampir setiap hari dalam seminggu dapat membantu
tubuh wanita bersiap menghadapi tuntutan kehamilan dan persalinan. Tetapi, terlalu banyak
bersenam atau melakukan senaman yang kerap boleh mengganggu proses ovulasi.
Terdapat banyak kes di mana para doktor melihat masalah gangguan haid pada wanita yang
banyak bersenam dan kerap kali golongan wanita ini didapati perlu mengurangkan latihan
senaman jika mereka ingin hamil.

  1. Kurangkan Tekanan

Kajian menunjukkan bahawa tahap tekanan yang tinggi masih boleh membuat kehamilan
menjadi lebih sukar. Sekiranya anda mendapati gaya hidup anda mengakibatkan tekanan yang
tinggi, mungkin bermanfaat untuk mengambil langkah aktif untuk mencari keseimbangan dan
keharmonian. Aktiviti seperti bermeditasi, berdoa atau menyimpan jurnal dapat membantu
menurunkan tahap tekanan anda.


Tekanan boleh juga berpunca daripada kurang tidur. Ahli endokrinologi reproduksi
mengesyorkan wanita untuk mendapatkan tidur sekurang-kurangnya 8-9 jam setiap malam
untuk mengoptimumkan hormon dan kesihatan mereka untuk kesuburan.

Akhir kata, semoga petua hamil cepat tanpa rawatan yang dikongsikan ini berguna untuk
pasangan-pasangan yang ikhtiar hamil cepat. Selain itu, jika anda berminat, anda juga boleh
mencuba susu formulasi semulajadi yang dikenali sebagai susu Efferty kerana ianya 100%
produk semulajadi yang tidak mengandungi bahan kimia.


Sangat sesuai buat mereka yang alahan dengan ubatan kimia malah tidak memerlukan
sebarang rawatan khas. Boleh dapatkannya di sini.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into Peopleโ€™s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *