Pregnancy, SIHAT SEMASA HAMIL, TTC

“Doktor, Kalau Nak Pregnant Boleh Minum Kopi Tak?”

“Dr, kalau nak hamil boleh minum kopi tak?”

Ataupun

“Kalau dah mengandung boleh ambil kafein tak?”

Ada 1 kajian dah dilakukan dekat ibu yang suka minum kopi. Dalam 1 hari tu, dia ambik setengah cawan kopi lah. Dia tengah mengandung.

Manakala,

1 kelompok mengandung lagi ni tak minum kopi langsung.

Dia buat kajian ni ke atas 2000 ibu mengandung dengan bangsa yang berbeza-beza.

Didapati bila dia bersalin, bayi dia lebih kecil berbanding ibu yang tak minum kopi langsung.

So size dia berbeza +- 200g. Ukuran panjang baby pun berbeza dan pendek sikit dalam 40cm.

So maknanya fetus kepada ibu mengandung yang minum kopi lebih kecil berbanding fetus kepada ibu mengandung yang tak minum kopi langsung.

Apa yang kita dapat tahu kat sini sebenarnya tak kisah lah kopi ke Nescafe ke apa-apa kafein, kalau diambil dalam tempoh berpanjangan. Setiap hari kita jadikan minum kopi tu rutin harian, jadi pembuluh darah kita boleh menyempit – VASOCONSTRICTION dan itu yang menyebabkan pertukaran oksigen dan makanan susah nak berlaku antara uri dengan tali pusat anak.

Sebab tu lah anak kita lebih kecil daripada anak orang yang tak minum kopi.

Apa yang berlaku kalau kita tengah ikhtiar hamil terutama di fasa penempelan?

Fasa Penempelan kalau kita suka minum kopi berlebihan, dia akan affect lah pada kita punya pembuluh darah tu menyempit dan menyebabkan pembentukan awal uri tu susah nak berlaku.

Ada orang lepas dia minum kafein – kantung dia berdebar-debar. Kenapa? Sebab pembuluh darah dia tengah menyempit & jantung dia tengah struggle nak pam kan darah ke seluruh badan.

Itu lah sebabnya kalau tengah ikhtiar hamil, kalau boleh kurangkan kafein. Yang terbaik – elakkan terus. Sebab kilang telur kita pun perlukan oksigen yang banyak setiap bulan. Lelaki pun sama. Wanita pun sama.

Kalau oksigen tak cukup, kilang telur kita tak dapat nak rembeskan hormon estrogen, terutama wanita. Bila estrogen tak cukup, dia tak dapat nak matangkan telur – telur tu tak pecah.

Macam mana nak boost kan estrogen? Senangggg sajoo, minum lah susu Efferty perisa Madu Kurma yang kaya dengan antoksidan untuk meransang kilang telur.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *