TIPS CEPAT HAMIL, TTC

Timing Betul, Peluang Lekat Tinggi!

Ramai orang ingat ovulasi (telur keluar) mesti berlaku waktu malam, tapi sebenarnya setiap wanita berbeza. Ada yang ovulasi pagi, ada yang petang, ada yang malam. Jadi, bila waktu terbaik untuk bersama? Jawapannya: bila OPK (Ovulation Predictor Kit) dah positif!

Bayangkan telur tu macam raja dalam satu majlis, dan sperma pula tetamu. Kalau tetamu datang dulu, mereka dah standby untuk sambut raja. Tapi kalau tetamu datang lepas raja dah pergi, melepaslah! Sebab tu penting untuk bersama SECEPAT mungkin lepas OPK positif, sebab kita tak tahu bila tepatnya telur akan pecahโ€”mungkin malam ni, esok, atau lusa.

Sperma boleh bertahan dalam rahim selama 72 jam (3 hari), jadi strategi terbaik ialah bersama 3 hari berturut-turut selepas OPK positif. Kalau nampak lendir putih macam putih telur mentah (ni tanda subur paling tinggi), teruskan bersama. Kalau hari ketiga baru keluar lendir ni, bermakna waktu tu lah paling subur!

Lepas ovulasi berlaku, barulah kita kira hari pertama selepas ovulasi (DB01). Dan ya, hari ni pun elok bersama lagi untuk tambah peluang.

Nak faham lebih lanjut tentang cara cepat hamil? Banyak tips, pengalaman pengguna Efferty, dan macam mana nutrisi Efferty yang boleh bantu? Jangan lupa follow semua content terkini untuk lebih banyak ilmu.

Yang penting, jangan stress. Enjoy journey TTC (trying to conceive) ni, sebab rezeki anak ni semua aturan Allah. Tapi ikhtiar tetap kena buat! ๐Ÿ’–

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into Peopleโ€™s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *