SEMINAR 3S

Kenapa Kitaran Haid Saya Kejap 29 Hari, Kejap 36 Hari?

Pernah tak anda perasan, kadang-kadang kitaran haid anda elok je 29 hari, tapi bulan lain jadi 36 hari? Sebenarnya, kitaran haid normal adalah antara 26 hingga 35 hari. Jadi, kalau tiba-tiba panjang sampai 36 hari, maksudnya badan anda tengah struggle sikit bulan tu.

Haid kita ni banyak bergantung pada ovulasi – iaitu proses telur matang dan pecah dari ovari. Biasanya, ovulasi berlaku 14 hari sebelum haid. Jadi, kalau kitaran anda 36 hari, maksudnya ovulasi berlaku sekitar hari ke-22. Ini menunjukkan kilang telur anda ambil masa lebih lama untuk matang dan pecahkan telur. Bila jadi macam ni, telur yang dikeluarkan mungkin kurang berkualiti – dan kalau anda tengah TTC (trying to conceive), ini boleh jadi salah satu punca susah nak lekat.

Kenapa ovulasi boleh lambat? Banyak sebab boleh ganggu hormon, antaranya:
🌀 Lifestyle berubah mendadak – Tiba-tiba start diet ketat, tiba-tiba rajin bersenam, semua ni boleh buat hormon kita “terkejut” dan jadi tak stabil.
🥗 Nutrisi tak cukup – Kalau badan tak cukup zat penting macam folat, zinc, magnesium & selenium, ovulasi boleh terganggu.
💔 Tanda keguguran awal – Kalau haid datang lambat dan keluar macam ketulan isi ayam, itu mungkin tanda anda baru je alami keguguran tanpa sedar.

Jadi, apa nak buat supaya ovulasi setiap bulan cantik dan stabil?
Pastikan nutrisi cukup – Kalau susah nak cukupkan zat melalui makanan harian, boleh cuba Susu Efferty yang memang diformulasikan khas untuk kesihatan hormon & kesuburan.
Jaga keseimbangan gaya hidup – Jangan ubah diet atau rutin senaman terlalu drastik.
Pantau kitaran haid – Bila kita kenal badan sendiri, lebih mudah nak faham bila waktu subur dan kenapa haid berubah.

Kalau anda tengah TTC, jaga nutrisi dan hormon tu penting tau! Saya sendiri amalkan Susu Efferty sebab ia lengkap dengan semua zat yang diperlukan untuk sokong kesuburan. Jangan lupa tengok playlist tips stabil hormon & subur dekat TikTok kalau nak lebih banyak info! 💕

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *