SEMINAR 3S

IFTAR JUMPA ALIFF SYUKRI!

Baru-baru ni, saya menghadiri satu majlis iftar yang cukup meriah, dijemput oleh Dr Suhana. To be honest, saya ni bukan jenis yang selalu bersosial, tapi sekali dah datang, terus dikelilingi ramai usahawan hebat. Memang satu pengalaman yang takkan saya lupakan!

Paling buat saya terkejut—saya dapat satu meja dengan Dato’ Aliff Syukri! Ya Allah, siapa yang tak kenal dengan beliau, kan? Usahawan yang sangat energetic, penuh dengan idea dan strategi perniagaan. Bila dah semeja, mestilah saya ambil peluang untuk mendengar tips beliau. Yang paling saya kagum, Dato’ Aliff ni sangat humble dan tak lokek berkongsi ilmu. Serius, kalau dengar dia bercerita, memang rasa bersemangat nak push diri lebih jauh dalam dunia bisnes!

Isterinya, Datin Shahida, pula memang beauty in real life. Cantik sangat, lemah-lembut, dan sangat mesra. Saya ni jenis tak mudah starstruck, tapi bila tengok dia depan-depan, terus rasa speechless sekejap. Haha!

Selain Dato’ Aliff, saya juga berpeluang duduk semeja dengan Najib Asaddok dan isterinya. Siapa dalam dunia bisnes yang tak kenal Najib Asaddok? Pakar marketing digital, sentiasa ada cara untuk buat bisnes grow. Selain itu, beberapa usahawan lain juga ada di meja kami, so memang non-stop conversation pasal bisnes dan kehidupan.

Bukan setakat usahawan, saya juga sempat bertemu dengan Dr Razin Jaafar, pengasas Fitralabs. Beliau sangat dikenali dalam dunia kesihatan dan teknologi kerana Fitralabs, yang banyak membantu dalam penyelidikan serta inovasi produk kesihatan.

Lepas iftar, kami semua mendengar ceramah daripada Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah. Kalau bercakap pasal motivasi, memang tak sah kalau tak sebut nama beliau. Ceramahnya sangat menyentuh hati, menekankan tentang kepentingan silaturahim di bulan Ramadhan. Katanya, rezeki bukan hanya dalam bentuk wang, tetapi juga dalam bentuk hubungan baik dengan orang sekeliling. Memang deep dan buat saya terfikir banyak benda.

Oh, lupa nak cerita pasal makanan! MasyaAllah, memang banyak sangat pilihan. Ada western, nachos yang crunchy, bubur lambuk yang pekat dan sedap, soto yang cukup rasa, laksa yang kaw, dan nasi dengan pelbagai lauk yang buat saya tak tahu nak pilih mana satu. Pendek kata, perut kenyang, hati pun senang!

Overall, pengalaman iftar ni memang sangat berharga. Dapat berkenalan dengan ramai usahawan, belajar dari mereka, dan pada masa yang sama, menghayati keindahan bulan Ramadhan bersama-sama. Semoga ada lagi peluang macam ni di masa akan datang!

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *