TTC

Makan Tomato Pun Ada Nicotine?

Ramai orang terkejut bila tahu sayur macam tomato, kentang, terung sebenarnya ada nicotine. Terus fikir, “Eh bahaya ke?” Jawapan jujur: tak bahaya pun.

Yes, nicotine memang wujud secara semula jadi dalam sayur. Tapi amount dia terlalu kecil sampai badan kita almost tak rasa apa-apa effect. Nak dapat nicotine level macam satu batang rokok, kita kena makan berpuluh kilo tomato sekali gus which is memang tak masuk akal langsung.

Yang jadi masalah bukan nicotine dalam sayur, tapi nicotine dan bahan toksik dalam rokok, vape, atau nicotine products. Bila benda ni masuk badan, dia terus circulate dalam darah dan sampai ke organ penting termasuk ovari dan testis.

Dekat sinilah berlaku Oxidative Stress.

Nak senang faham, sel badan kita jadi lebih mudah rosak. Dan malangnya, sel reproduktif macam telur dan sperma ni memang sangat sensitif.

Untuk lelaki, sperm boleh jadi kurang, pergerakan slow, dan DNA pun boleh terjejas. Untuk perempuan pula, egg reserve boleh susut lebih cepat dan kualiti telur menurun. So walaupun nampak sihat luar, dalam tu mungkin dah affected.

Now, ramai juga tanya: “Kalau aku smoker tapi aku exercise, makan clean, jaga mental health, then okay tak?”

Jawapannya: still jejas.

Healthy lifestyle memang bantu protect badan sebab dia bagi antioxidant, support repair system. But kalau dalam masa sama anda masih merokok setiap hari, damage tu tetap jalan non-stop. So repair tak sempat nak catch up sepenuhnya.

Macam mana pula dengan non-smoker yang terdedah pada asap rokok? This is what we call secondhand smoker.

Good news: effect dia tak seteruk active smoker.
But bad news: still ada effect.

Bila anda sedut asap rokok orang lain, anda tetap ambil nicotine dan toksin cuma dalam dos lebih rendah. Kalau exposure tu kerap, especially dalam ruang tertutup atau duduk serumah dengan perokok, dia boleh jadi accumulated.

Untuk fertility, dia boleh bagi impact ringan ke sederhana dan mungkin tak obvious, tapi cukup untuk turunkan peluang especially kalau tengah TTC.

So apa yang kita boleh ambil dari semua ni?

Sayur bukan musuh. Tomato takkan rosakkan kesihatan anda.
Yang betul-betul bagi effect adalah smoking dan exposure kepada asap rokok.

Kalau anda jaga lifestyle, that’s already very good. Tapi kalau dalam environment masih ada asap rokok, try minimize exposure sebanyak mungkin.

At the end of the day, badan kita memang kuat tapi dia ada limit.
Kurangkan benda yang bagi damage, dan bagi ruang untuk badan repair itself properly 🤍

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *