TTC

RAHIM TERBALIK PUNCA SUKAR HAMIL?

Adakah kedudukan Rahim terbalik menyebabkan susah hamil? Kalau anda memang dilahirkan dengan kedudukan Rahim terbalik, dia sebenarnya tidak ganggu langsung kesuburan.

Yang ganggu kesuburan kalau Rahim tu terbalik asbab daripada masalah system peranakan.

Contohnya, mungkin ada ketumbuhan dekat otot Rahim, jadi Rahim tu berat dan terbalik ke belakang.

Contohnya, macam fibroid, endometriosis, ada pelekatan sel endometrium tu melakat-lekat dengan sekitar organ lain.

Kedudukan Rahim terbalik tidak ganggu kesuburan. Boleh berikthiar macam biasa. Sebenarnya, yang sukar hamil tu mungkin asbab hormone tak stabil dan tak konsisten berovulasi setiap bulan.

Haa..itu yang menyebabkan sukar untuk sperma mensenyawakan ovum. Sebab takde telur yang dipecahkan dan takde telur yang menetas setiap bulan.

Rahim terbalik, juga merujuk kepada kondisi di mana rahim condong ke belakang ke arah pundi-pundi usus, berbanding letaknya yang biasanya condong ke hadapan. Rahim terbalik itu sendiri jarang menjadi punca utama kesukaran untuk hamil. Sebahagian besar wanita dengan rahim terbalik dapat hamil dan mengandung dengan lancar.

Namun, dalam beberapa kes yang jarang berlaku, rahim terbalik boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada kesukaran untuk hamil. Contohnya, posisi rahim yang terbalik boleh menyebabkan kesukaran bagi sperma untuk mencapai dan membuahi telur yang dilepaskan. Namun, kebanyakan wanita dengan rahim terbalik masih dapat hamil secara semulajadi tanpa masalah.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into Peopleโ€™s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *