SEMINAR 3S

Susu Efferty: Bantu atau Mengganggu Kitar Haid?

Hai semua! Ada yang pernah tak, period lambat turun lepas minum susu Efferty? Jangan risau, kita kupas habis pasal ni.

Pertama sekali, kita kena tahu kitaran haid kita berapa hari sebelum ni. Kitar haid normal biasanya antara 26 ke 35 hari. Contohnya, kalau kitar haid anda 26 hari, tambah seminggu jadi 33 hari. Jadi, kalau 33 hari period masih belum turun, itu masih dikira normal.

Contoh, Efferty ni baru je anda minum seminggu, jadi tak perlu panik. Mungkin ada penempelan (implantation) yang sedang berlaku. Penempelan ni ialah proses di mana telur yang disenyawakan melekat pada dinding rahim. Kalau tiada penempelan, period akan datang macam biasa.

Apa tanda-tanda awal penempelan? Antara tanda-tanda awal ialah rasa kerap kencing, senak kat bawah perut, perubahan deria rasa dan bau. Selain tu, anda mungkin rasa kembung perut, perubahan pada puting payudara jadi lebih sensitif atau sakit bila terlanggar sikit.

Sekarang, anda kena cakna dengan perubahan pada badan. Ada tak perubahan pelik yang anda rasa? Kalau tiada, tunggu dulu. Kitaran haid normal adalah dalam lingkungan 26 ke 35 hari. Jadi, kita tak pasti apa yang berlaku dalam badan anda sebab anda baru minum Efferty tujuh hari je.

Efferty ni sebenarnya membantu support fasa penempelan dengan zat besi dan HB ibu yang ada dalam setiap sachet. Zat besi penting untuk peredaran oksigen antara uri dan tali pusat.

Kalau ada penempelan sedang berlaku, tengok pada UPT (Ujian Pregnancy Test). UPT ni kadang lambat detect sebab dia hanya dapat detect hormon HCG dalam air kencing. Biasanya, kepekatan hormon HCG pada awal kehamilan adalah rendah, sekitar 0.83 sahaja. Hormon ni akan double setiap dua atau tiga hari. Jadi, biasanya ambil masa dua minggu lewat haid untuk UPT betul-betul terang.

Ada orang yang UPT awal pun dah nampak, tapi tak semua orang sama. Proses persenyawaan dan penempelan juga berbeza untuk setiap orang. Contohnya, walaupun anda subur hari ni, sperma mungkin baru berjaya berjumpa dengan telur ovum dua hari kemudian. Proses penempelan pula ambil masa enam hari lepas persenyawaan. Kemudian, pembentukan awal uri berlaku tiga hari selepas penempelan.

Jadi, proses ni ambil masa. Ada kes di mana orang lewat haid sebulan tapi UPT masih negatif. Bila buat scan, baru nampak kantong. Ada juga yang lewat haid sebulan tapi scan tunjuk baru empat minggu. Maknanya, penempelan dan persenyawaan mungkin berlaku lambat.

Apa-apa pun, relax dulu dan tengok apa yang berlaku. Jangan stress, badan kita ada cara tersendiri untuk berfungsi. Kalau anda rasa risau sangat, jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *