Ada orang ingat bila join program macam ni, kita datang dengar ceramah, ambil gambar, balik. Tapi honestly, The Digital Empress bagi saya lebih daripada tu.
Sebagai salah seorang Finalis Ikon Wanita Malaysia Negeri Terengganu, saya rasa sangat bersyukur dapat jadi sebahagian daripada program yang penuh dengan inspirasi ni. Program ini dianjurkan oleh Efferty dengan kerjasama Kelab Ikon Wanita Malaysia dan Jabatan Pembangunan Wanita. Bila tengok ramai wanita daripada pelbagai latar belakang berkumpul dalam satu dewan dengan matlamat yang sama, memang rasa semangat tu lain macam.



One thing yang saya paling suka, program ni bukan sekadar bagi motivasi. Ia bagi ilmu yang kita memang boleh apply dalam kehidupan dan kerjaya. Dalam dunia sekarang, digital bukan lagi satu pilihan. It’s a necessity. Tak kira anda usahawan, bekerja makan gaji ataupun baru nak bermula, ilmu digital memang sangat penting.
Saya juga berpeluang mendengar perkongsian daripada Puan Siti Maisarah binti Roslan, Pengarah Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan. Banyak input yang membuka perspektif tentang pembangunan wanita dan bagaimana kita boleh terus berkembang dalam dunia yang semakin mencabar.
Turut hadir ialah Puan Ezlin Sakinah binti Mat Sepin, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Terengganu. Kehadiran beliau menunjukkan komitmen berterusan Jabatan Pembangunan Wanita dalam memperkasakan wanita melalui pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.




Apa yang buat saya lagi bangga, team Efferty sendiri turut berkongsi ilmu sepanjang program. Happy sangat dapat bergerak sebagai satu team dan melihat bagaimana setiap orang memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan program ini. Bila bekerja dengan orang yang ada visi yang sama, everything feels lighter and more meaningful.
Bagi saya, menjadi finalis Ikon Wanita Malaysia bukan sekadar tentang pertandingan atau gelaran. Ia membuka peluang untuk bertemu ramai wanita hebat, belajar daripada pengalaman mereka dan sama-sama membina jaringan yang positif. Kita mungkin datang daripada cerita hidup yang berbeza, tetapi semua berkongsi impian yang sama iaitu mahu menjadi versi terbaik diri sendiri.
Saya percaya, bila wanita saling menyokong, kita bukan sahaja membina individu yang lebih kuat, tetapi juga keluarga, komuniti dan masyarakat yang lebih baik. Kadang-kadang satu perkongsian kecil, satu kata semangat atau satu peluang yang diberikan mampu mengubah perjalanan hidup seseorang.



Terima kasih kepada Efferty, Kelab Ikon Wanita Malaysia dan Jabatan Pembangunan Wanita kerana menganjurkan program yang sangat bermakna ini. Semoga lebih banyak inisiatif seperti The Digital Empress dapat diteruskan supaya lebih ramai wanita berani melangkah keluar dari zon selesa, belajar kemahiran baharu dan mengejar impian mereka.
Because every empowered woman has the power to inspire another woman. Dan saya harap perjalanan ini baru sahaja bermula. ❤️
