“Saya nak tanya, susu Efferty ni rasa susu dia kuat tak? Saya tengah ikhtiar hamil dan memang teringin nak cuba. Tapi masalahnya saya memang tak minum susu. Kalau minum susu je mesti rasa loya atau muntah…”
Percayalah, awak bukan seorang je yang tanya soalan macam ni.
Sebenarnya ramai juga wanita TTC yang menghadapi masalah yang sama. Ada yang tak suka bau susu. Ada yang tak tahan rasa “milky” yang kuat. Ada yang sejak kecil memang bukan peminat susu. Dan ada juga yang setiap kali minum susu, terus rasa kembang perut, loya atau nak muntah.
Sebab itu bila nak cuba mana-mana susu kesihatan atau susu kesuburan, perkara pertama yang mereka akan tanya bukan pasal kandungan nutrisi.
Tetapi…
“Sedap ke?”
Dan itu sebenarnya soalan yang sangat valid.
Sebab dalam perjalanan TTC, apa yang paling penting bukan sekadar beli produk yang bagus.
Tetapi mencari sesuatu yang kita boleh minum secara konsisten setiap hari.
Kalau produk tu penuh dengan nutrisi tetapi setiap kali nak minum pun kena paksa diri, akhirnya susah juga nak jadikan ia sebagai rutin harian.
Antara perkara yang ramai pengguna Efferty sendiri terkejut bila pertama kali cuba adalah rasanya yang tidak terlalu “milky” seperti susu biasa.
Malah ada yang mengaku mereka bukan peminum susu pun, tetapi masih boleh minum Efferty dengan selesa.
Ini kerana Efferty hadir dengan pelbagai pilihan perisa yang membantu menjadikan rasa lebih pleasant dan lebih mudah diterima oleh ramai orang.
Bagi mereka yang sensitif dengan bau atau rasa susu yang kuat, pilihan perisa yang ada membantu mengurangkan rasa tersebut dan menjadikan pengalaman minum lebih menyenangkan.
Sebab itu ramai yang akhirnya berjaya menjadikan Efferty sebagai sebahagian daripada rutin harian mereka.
Dan bila bercakap tentang TTC, konsisten sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting.
Ramai pasangan TTC tahu perasaan ini.
Mula-mula memang semangat.
Beli supplement. Beli vitamin. Jaga makan. Ikut jadual.
Tetapi selepas beberapa minggu atau bulan, rutin mula terganggu sebab produk yang diambil terasa susah untuk diteruskan setiap hari.
Sebab itu ramai memilih sesuatu yang bukan sahaja mempunyai nutrisi yang baik, tetapi juga mudah dan seronok untuk diamalkan.
Selain rasa yang lebih mudah diterima, Efferty juga diformulasikan dengan pelbagai vitamin, mineral dan nutrien yang sesuai untuk lelaki dan wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Dalam fasa TTC, badan memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk menyokong kesihatan secara keseluruhan.
Kadang-kadang kita terlalu fokus kepada waktu subur, ovulasi atau keputusan UPT, sehingga terlupa bahawa kesihatan badan secara menyeluruh juga memainkan peranan penting dalam perjalanan ini.
Sebab itulah ramai pasangan memilih untuk menambah baik pemakanan dan pengambilan nutrisi mereka sebagai sebahagian daripada usaha TTC.
Jadi kalau awak jenis yang memang tak suka susu atau selalu rasa loya bila minum susu biasa, jangan terus anggap semua susu akan memberi pengalaman yang sama.
Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.
Apa yang penting, cari sesuatu yang sesuai dengan tekak sendiri dan yang paling penting, sesuatu yang awak boleh ambil secara konsisten.
Kerana dalam perjalanan TTC, kadang-kadang bukan tentang siapa yang buat paling banyak.
Tetapi siapa yang mampu kekal istiqamah dengan langkah-langkah kecil yang dilakukan setiap hari. โค๏ธ
