Topik ni bukan nak takutkan sesiapa, tapi more to bagi you nampak benda yang ramai orang selalu ignore iaitu masa dan umur bila datang bab nak ada anak.
Kita selalu rasa macam “ala relax lah, nanti boleh plan”. Especially bila tengah busy dengan kerja, nak kumpul duit, nak enjoy life dulu. Totally understandable. Semua orang ada timeline masing-masing. Tapi dalam diam, badan kita jalan ikut timeline dia sendiri. Dia tak tunggu kita ready tau.
Untuk wanita, bila umur makin meningkat, kualiti telur tu memang akan menurun. This is natural process, bukan sebab anda buat salah ke apa. Lelaki pun sama sebenarnya, cuma orang jarang highlight. Sperma pun boleh drop dari segi kualiti, lagi-lagi kalau lifestyle tu merokok, kurang tidur, makan tak jaga. So bukan perempuan je kena fikir, lelaki pun kena aware juga.
Masalahnya, benda ni jarang dibincangkan secara real. Orang selalu cakap “jangan stress, nanti ada lah tu”. Betul… tapi at the same time, badan kita bukan mesin yang boleh on bila kita dah ready. Ada orang mudah, ada orang ambil masa lama. And bila dah cuba tapi tak jadi-jadi, masa tu baru rasa macam “eh kenapa susah sangat eh?”
Time tu lah mula rasa tertekan.. Setiap bulan tunggu, setiap kali period datang rasa down. Start google macam-macam, try macam-macam tips. And the funny part is… lagi anda stress, lagi hormon boleh jadi kacau. So anda penat, emosi pun penat.
Kalau anda memang tahu sekarang bukan masa untuk ada anak, it’s okay. No judgement. Tapi jangan buat macam benda ni tak wujud. At least think ahead sikit. Sekarang dah ada option macam fertility preservation. Bukan semua orang perlu, tapi at least you tahu ada pilihan selain tunggu je.
Selain tu, benda basic pun jangan ignore. Ramai ingat fertility ni akan okay selagi belum kahwin. Padahal kesihatan sekarang pun dah bagi effect. Makan, tidur, berat badan, stress level — semua ni contribute. You tak perlu jadi perfect, tapi at least aware. Jangan tunggu dah nak TTC baru nak panic.
And please lah, jangan compare dengan orang lain. Kawan kahwin terus pregnant, you belum… itu bukan bermaksud you ada masalah. Setiap orang journey lain-lain. Tapi yang penting, you tahu apa yang you boleh control. Awareness tu penting gila.
Real talk, makin lama you tunggu, makin banyak cabaran yang mungkin datang. Bukan mustahil, tapi mungkin jadi lebih susah, lebih lama, dan kadang-kadang perlukan bantuan luar. Itu reality yang jarang orang nak cakap terus terang.
So bukan nak paksa you kahwin cepat atau ada anak cepat. Itu pilihan masing-masing. Tapi kalau you ada impian nak ada family satu hari nanti, at least jangan ignore faktor masa dan umur ni.
Think of it as planning, bukan pressure. You tak perlu rush, tapi jangan juga terlalu selesa sampai lupa yang body ada limit dia.
At the end of the day, you yang akan lalui journey tu. Lagi awal you faham, lagi banyak pilihan you ada. And sometimes, that makes a huge difference.
