Cerita Dr Rai

Seri Syawal Bersama Efferty: Raya, Rasa & Rapatkan Hubungan di Teratak Tanjung Jara

6 April baru ni memang another core memory unlocked for team Efferty. Event “Seri Syawal Bersama Efferty” berlangsung dekat Teratak Tanjung Jara, Kuala Dungun and honestly, best betulll memang lain macam. Bukan sekadar jamuan raya biasa, tapi lebih kepada moment untuk reconnect, appreciate each other, and celebrate together after everything we’ve been through as a team.

Seawal pagi lagi, preparation dah start. Team datang awal untuk setup tempat, susun makanan, decorate sikit-sikit bagi ada raya feel. Bila semua dah ready, satu per satu tetamu pun mula sampai. Dari staff, suppliers, resellers, sampai lah ke family members…semua hadir dengan mood raya yang penuh warna. Ada yang pakai sedondon, ada yang datang dengan anak-anak kecil yang memang excited from the start.

Bila semua dah berkumpul, suasana memang jadi meriah sangat. You can literally feel the warmth. Bukan sekadar kerja relationship, tapi macam family gathering. Orang gelak, sembang, update life masing-masing. Ada yang dah lama tak berbual sebab too caught up with work, so memang banyak catch up moment.

Then of course, makanan highlight of the day. Dari awal lagi bau kambing golek dah semerbak satu kawasan. Memang susah nak ignore. Ramai yang repeat ambil sebab juicy and flavourful. Lepas tu ada keropok lekor panas-panas, bihun sup yang comforting, and not to forget coffee dari reason.coffee yang jadi penyelamat untuk yang nak something warm to sip while borak-borak.

But the real star? Ice cream station. Kids memang lurveee it. Serious, dia orang ulang alik ambil sampai parents pun dah geleng kepala. Tapi biasalah, raya kan… biar je lah happy. Gelak tawa budak-budak tu memang tambah lagi hidup suasana event hari tu.

Selain makan dan sembang santai, event ni juga ada sentuhan yang lebih meaningful. Kehadiran anak-anak yatim memang bagi satu rasa yang lebih dalam. Bukan sekadar celebration, tapi juga peluang untuk berkongsi rezeki dan kasih sayang. Moment ni buat ramai yang rasa lebih bersyukur dan grounded.

Sepanjang event, kita boleh nampak macam mana Efferty bukan sekadar brand, tapi satu komuniti. Dari team dalaman sampai ke luar… semua ada peranan masing-masing dalam perjalanan ni. And this kind of gathering actually remind everyone why they started and who they’re doing this for.

Menjelang petang, walaupun masing-masing dah penat, tapi hati penuh. Ada yang masih lepak sampai last minute, tak nak balik cepat sebab vibe terlalu best. Gambar sana sini, video sikit untuk kenangan, and of course group photos wajib ada.

Overall, “Seri Syawal Bersama Efferty” bukan sekadar event raya. It’s about connection, appreciation, and celebrating small wins together. Kadang benda macam ni lah yang buat team lagi kuat, lagi rapat, and more human.

Harapnya moment macam ni boleh repeat lagi tahun depan.. maybe lagi besar, lagi meriah, tapi still dengan rasa yang sama. Warm, genuine, and penuh makna.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *