EFFERTY SUCCESS STORIES, SEMINAR 3S

Penantian 11 Tahun: Kisah Sebak Puan Salawati Mencari Zuriat

“Kalau ingat balik perjalanan ni, memang sebak…” Itulah kata-kata pertama Puan Salawati bila ditanya tentang tempoh 11 tahun penantiannya untuk menimang cahaya mata. Selepas berkahwin, dia dan suaminya terus mencuba untuk mendapatkan zuriat. Namun, jalan itu penuh cabaran, air mata, dan kecekalan.

Dari rawatan hospital ke produk kesuburan, semuanya pernah dicuba. “Saya ingat lagi, mula-mula doktor bagi ubat kesuburan. Setiap bulan penuh harapan, tapi akhirnya kecewa juga. Doktor pernah cadangkan suami buat ujian, tapi tak sempat. Saya dah mengandung sebelum sempat dia buat,” katanya sambil tersenyum mengenang saat itu. Namun perjalanan sebelum itu penuh liku.

Paling mencabar, kata-kata orang sekeliling yang seperti tidak memahami perasaan pasangan yang masih menanti rezeki anak. “Macam-macam orang tanya. Ada yang sinis, ada yang sindir halus. Tapi saya cuba pekakkan telinga dan fokus pada usaha. Kadang-kadang tengok kisah orang lain yang berjaya, saya jadi semangat. Tapi dalam diam, hati tetap sakit sebab saya tak tahu bila giliran saya,” luahnya.

Dalam tempoh itu, Puan Salawati juga mencuba pelbagai alternatif. Produk-produk kesuburan dibeli, termasuk susu Efferty yang popular ketika itu. “Mula-mula cuba susu tu, saya tak letak harapan tinggi. Tapi bila saya nampak perubahan – OPK positif, kemudian UPT pun naik dua garis, saya tak percaya! Malam tu memang tak boleh tidur. Saya rasa macam semua penat lelah selama 11 tahun tu terbayar,” katanya dengan penuh rasa syukur.

Dia turut berkongsi detik paling tak dilupakan. “Saya ingat lagi, pagi tu tengok OPK positif. Dalam hati ada debaran. Esoknya saya buat UPT, dan bila nampak dua garis, terus rasa macam dunia ni berhenti sekejap. Syukur sangat.”

Namun, perjalanan panjang itu mengajarnya banyak perkara. “Bukan senang nak lalui semua ni. Ada masa saya rasa macam nak putus asa. Tapi suami selalu ingatkan, rezeki anak ni Allah yang tentukan. Apa yang kita boleh buat, ikhtiar dan doa.”

Bila ditanya apa nasihatnya untuk pasangan lain yang masih menanti, dia berkata dengan penuh keyakinan: “Jangan pernah berhenti ikhtiar. Kalau satu cara tak menjadi, cuba cara lain. Jangan bandingkan perjalanan kita dengan orang lain, sebab setiap orang ada cerita dan ujian masing-masing. Dan paling penting, jangan lupa tawakal. Allah tak pernah zalim. Dia bagi bila tiba masa yang tepat.”

Kisah Puan Salawati ini menjadi bukti bahawa setiap usaha, sekecil mana pun, mampu memberi hasil yang luar biasa dengan izin Allah. Penantian itu mungkin panjang, tapi bila sampai masanya, nikmatnya tak terungkap. Alhamdulillah!

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *