TTC

Kenapa Lendir Egg White Keluar Dulu, OPK Baru Positif?

Pernah tak korang perasan, lendir serviks jenis egg white keluar dulu, tapi OPK (Ovulation Predictor Kit) positif beberapa hari kemudian? No worries, ini normal je dan ada sebab yang logik.

Lendir egg white ni tanda badan tengah bersedia untuk ovulasi. Maksudnya, hormon estrogen tengah naik dan rahim dah start hasilkan lendir subur untuk bantu sperma berenang ke arah telur. Tapi kenapa OPK lambat detect? Sebab OPK detect hormon LH (luteinizing hormone) yang naik mendadak sebelum ovulasi. Kadang-kadang hormon ni ambil masa sikit nak naik ke tahap yang boleh dikesan OPK.

Lagi satu faktor, telur mungkin dah dilepaskan atau sedang bersedia untuk dilepaskan semasa lendir egg white muncul. Tapi OPK hanya detect hormon sebelum ovulasi berlaku, bukan selepas. Jadi, kalau korang nampak lendir egg white tapi OPK masih negatif, teruskan je buat ujian selama beberapa hari sebab kemungkinan hormon LH masih dalam proses meningkat.

Untuk korang yang ada PCOS (Polycystic Ovary Syndrome), kitaran haid boleh jadi tak menentu. Hormon LH pun boleh fluctuate, naik-turun sesuka hati. So, better gabungkan pemerhatian lendir serviks dengan OPK untuk dapatkan timing subur yang lebih tepat.

PCOS ni memang mencabar, tapi jangan risau, ada banyak cara untuk bantu stabilkan hormon. Contohnya, suplemen macam Efferty yang ada inositol sangat popular sebab ia bantu kawal gula dalam darah dan sokong keseimbangan hormon. Ada banyak pilihan flavor seperti coklat, strawberry, madu kurma atau coklat cinnamon. Kalau pernah gugur, coklat cinnamon mungkin lebih sesuai sebab formula dia lebih targeted.

Untuk yang baru nak mula, boleh try formula premium (Effertwin Taro) yang memang dirumus untuk galakkan telur lebih sihat dan matang. Ada juga bahan tambahan macam quercetin yang bantu kilang telur korang bekerja dengan lebih baik. Formula ni juga bantu tingkatkan peluang ovulasi berganda dalam satu kitaran.

Selain suplemen, jangan lupa untuk jaga gaya hidup sihat. Kurangkan stres, tidur cukup, dan amalkan pemakanan seimbang. Semua ni boleh bantu tingkatkan kualiti telur dan kitaran haid yang lebih teratur.

Kesimpulannya, kombinasi check lendir serviks, OPK, dan suplemen boleh bantu tingkatkan peluang untuk hamil. Lagi-lagi kalau ada cabaran macam PCOS. Jangan stress sangat, keep going dan semoga berjaya!

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *