Dalaman Wanita

Adakah Makanan Berlemak Susah Buat Anda Hamil? Fakta atau Sekadar Mitos?

Topik ni mungkin buat ramai yang curious—betul ke makanan berlemak boleh ganggu kesuburan? Jawapannya: It depends. Tapi kalau kita cakap pasal makanan tinggi lemak trans, seperti fast food, memang ada kajian yang menunjukkan ia boleh beri kesan negatif pada kesuburan, terutamanya ovulasi.

Menurut kajian dari Harvard School of Public Health, lemak trans dikaitkan dengan risiko ketidaksuburan ovulasi. Lemak trans ni apa sebenarnya? Ia adalah jenis lemak tak baik yang biasanya ada dalam makanan segera (fast food), pastri, makanan goreng, dan makanan proses. Kalau anda makan banyak makanan jenis ni, ia boleh ganggu keseimbangan hormon dalam badan, sekaligus menjejaskan proses ovulasi—iaitu waktu telur dilepaskan oleh ovari untuk disenyawakan.

Kenapa Ini Berlaku?
Lemak trans boleh tingkatkan inflamasi dalam badan, yang akhirnya mengganggu hormon penting seperti insulin dan estrogen. Bila hormon tak seimbang, kitaran haid pun boleh jadi tak teratur. Ovulasi yang tak normal ni boleh buat peluang untuk hamil jadi lebih rendah.

Apa Alternatif Sihat?
Jangan risau, ada banyak pilihan makanan sihat yang boleh bantu tingkatkan kesuburan. Gantikan lemak trans dengan lemak sihat seperti:

  • Minyak zaitun: Kaya dengan antioksidan dan lemak baik untuk hormon.
  • Ikan berlemak: Contohnya salmon dan sardin, yang kaya dengan omega-3 untuk menyokong kesihatan hormon.
  • Kekacang: Almond, walnut, atau chia seed yang penuh dengan nutrien untuk tubuh.

Selain itu, elakkan makanan proses dan lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan segar, serta bijirin penuh (whole grains) dalam diet harian. Nutrisi yang seimbang ni bukan sahaja baik untuk kesuburan, malah untuk kesihatan menyeluruh.

Tukar Sedikit, Dapat Banyak!
Kalau anda jenis yang suka fast food, cuba perlahan-lahan ubah tabiat makan. Contohnya, kalau sebelum ni selalu makan burger dan fries, cuba tukar kepada grilled chicken salad atau sandwich dengan whole grain bread. Small changes can make a big difference!

Nak tips diet lain atau panduan hidup sihat untuk kesuburan? Stay tuned, and let’s explore this journey together!

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *