SIHAT SEMASA HAMIL

Hati-Hati Dengan Bahan Kimia Dalam Produk Harian – Boleh Jejas Kesuburan!

Hi korang! Pernah tak dengar orang cakap produk yang kita guna setiap hari boleh kacau hormon dan buat susah nak hamil? Well, rupa-rupanya memang betul. Ada dua bahan utama yang korang kena alert bila baca label produk – paraben dan phthalates (atau lebih mudah sebut “pestelits”). Kalau nampak je nama ni kat ingredients, please lah terus elakkan, okay?

Sebelum kita deep dive, apa sebenarnya paraben dan phthalates ni? Dua bahan ni biasanya digunakan sebagai pengawet dan bahan pelarut untuk buat produk tahan lama dan berfungsi dengan baik. Tapi kajian menunjukkan pendedahan berterusan kepada bahan ni boleh ganggu hormon dalam badan kita. Bila hormon terganggu, ia boleh jejaskan pengeluaran sperma dan ovum – benda utama yang penting kalau nak cuba hamil, kan?

Apa Itu Paraben?

Paraben ni biasa ada dalam produk penjagaan diri macam pencuci muka, losyen badan, dan syampu. Ia ditambah supaya produk boleh tahan lebih lama tanpa rosak. Sounds convenient, kan? Tapi masalahnya, paraben ni boleh bertindak macam endocrine disruptor – maksudnya, ia kacau sistem hormon kita. Bila hormon tak seimbang, ia boleh efek kesuburan.

Apa Pula Phthalates?

Phthalates (a.k.a. pestelits) pula biasa digunakan dalam produk macam minyak wangi, pengilat kuku, pelembap, dan kadang-kadang dalam spray rambut. Fungsinya untuk bagi bau tahan lama atau tekstur produk lebih smooth. Tapi malangnya, ia pun ada risiko sama – boleh ganggu hormon dan akhirnya jejaskan kesihatan reproduktif kita.

Macam Mana Nak Elak?

Okay, don’t worry, ada banyak cara nak kurangkan risiko ni. Step pertama, bila nak beli produk penjagaan diri atau kosmetik, baca label betul-betul. Cari produk yang ada label “paraben-free” atau “phthalate-free”. Biasanya produk yang guna bahan semula jadi atau organik lebih selamat. Kalau boleh, pilih jenama yang memang sah bebas bahan kimia berbahaya.

Untuk korang yang suka minyak wangi, cuba spray perfume atas baju je instead of direct kat kulit. Dan kalau boleh, elakkan terus guna pengilat kuku yang ada bahan kimia tinggi. Kalau rajin, korang boleh cari alternatif macam sabun buatan sendiri atau produk DIY yang memang 100% natural.

Jaga Badan Dari Dalam

Selain elak bahan kimia, korang kena juga jaga badan dari dalam. Amalkan pemakanan yang kaya dengan antioksidan macam kulit kayu manis, buah-buahan sitrus (contoh, oren atau lemon), dan makanan probiotik macam yogurt. Antioksidan ni penting untuk lawan radikal bebas dan kurangkan keradangan dalam badan – indirectly bantu tingkatkan kesihatan sistem reproduktif.

Oh ya, kalau korang suka susu coklat, cuba susu Efferty coklat yang ada kayu manis (Ceylon cinnamon) sebab ia juga kaya dengan antioksidan. Siapa tahu kan, hobi minum susu boleh jadi win-win untuk kesihatan!

Benda paling penting, jangan malas baca label produk. Pilih produk yang lebih natural dan kurangkan pendedahan kepada bahan kimia macam paraben dan phthalates. Dalam masa sama, amalkan gaya hidup sihat dengan makan makanan berkhasiat dan cuba detox badan dari benda-benda toksik ni. Kalau korang ada tips lain yang berguna, feel free to share kat ruangan komen. Semoga bermanfaat, guys! 😊

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *