Dah scan ikut bawah, tengok telur matang, tapi kenapa tak lekat lagi? Kenapa tak hamil? Sebenarnya tak kisah apa juga kaedah, sama ada IUI, IVF, ataupun clomid induction, ataupun ikhtiar secara alami, tiga bulan sebelum cuba nak hamil, kita kena readykan dinding rahim. Dinding rahim ni tempat penempelan janin. Setiap bulan, dinding rahim kita menebal, dipanggil sel endometrium.
Endometrium ni ada dua lapisan, functional dan basali. Lapisan basali ni yang paling asas, tak berubah setiap bulan. Tapi lapisan functional ni yang berubah setiap bulan, yang jadi darah haid tu. Untuk yang ada endometriosis, biasanya lapisan functional terlalu tebal dan ada keradangan tinggi. Kenapa? Sebab hormon estrogen dalam badan terlebih.
Estrogen palsu ni tak diperlukan. Maksudnya, bukan kilang telur kita yang keluarkan estrogen, tapi estrogen palsu ni datang dari makanan manis-manis, simple carbohydrate yang terproses, macam mihun, kuetiau, mi kuning. Semua simple carbohydrate ni boleh menebalkan lagi sel endometrium. Bila terlalu tebal, susah nak lekat dan keradangan dinding rahim tu keras, tak ready lagi. Sebab tu rawatan mahal macam mana pun, kalau dinding rahim tak ready, rugi.
Pertama sekali, kena balancekan dulu hormon. Walaupun doktor dah buat persenyawaan, inject sperma untuk bertemu telur ovum, persenyawaan mungkin dah berlaku, tapi penempelan pula tak jadi. Di fasa penempelan yang bermula seawal 6 hari selepas bertelur, kena rehat cukup-cukup, minum air masak secukupnya, elak makanan dalam plastik. Kalau suka order online, grab ke, sup dalam plastik, atau minum kopi dalam cawan kertas yang ada plastik, BPA pun boleh sebabkan keradangan dan penempelan tak jadi.
Kalau ada masalah endometriosis, hormon estrogen palsu ni lagi bermasalah. Jangan guna ketupat plastik dan sebarang BPA. BPA plastik, chemical, chemical deodorant, fragrance. Jangan spray direct kat leher, nadi-nadi ni. Chemical tu pun boleh mimik hormon estrogen dan sebabkan keradangan tinggi di fasa penempelan.
Untuk fasa penempelan, kena ada extra mineral. Contohnya, omega-3 untuk kekenyalan dinding rahim, zat besi (iron) untuk Hb supaya pertukaran oksigen dapat berlaku antara uri dengan tali pusat anak. Arginin untuk baik pulih sel dinding rahim tu. Amalkan makanan yang kaya dengan probiotik dan prebiotik untuk usus. Imunisasi badan secara semula jadi meningkat, mengurangkan keradangan dan inflamasi. Jadi penempelan tu dapat berlaku dengan cantik.
Banyak lagi faktor yang kena sedia daripada awal. Contohnya, sperma itu sendiri. Masa proses, doktor dah pick up, masuk dalam peti sejuk, pergerakan (motility) dan kualiti sperma pun ada efek. Kadang-kadang, sperma tak berkualiti, jadi persenyawaan susah nak berlaku. Lapisan telur wanita pun ada satu lapisan namanya zona polysida. Zona polysida ni makin keras semakin kita berusia. Jadi, itu pun susah untuk sperma tu mensenyawakan telur ovum.
Pentingnya mineral dan vitamin tambahan di peringkat awal ikhtiar hamil, sekurang-kurangnya 3 bulan. Kena konsisten. Sebab nak pastikan setiap bulan berovulasi dengan cantik dan dinding rahim tu ready awal untuk support penempelan janin. Kalau ada rezeki bulan pertama, alhamdulillah. Kalau belum, teruskan ikhtiar dan usaha sambil doa. Enjoy the journey, trust the process.
Setiap susu efferty ni, terkandung berbelas mineral. Selenium, zinc, magnesium, folic acid, semua untuk jaga kualiti telur ovum, supaya kenyal dan mudah disenyawakan dan juga kualiti sperma. Dua-dua makanan penting. Harap membantu dan bermanfaat.