Makanan yang mengandungi banyak pengawet, perencah, perasa, dan pewarna dikatakan dapat memekatkan darah serta menyebabkan gangguan dalam sistem kesihatan. Pengambilan makanan yang terlalu banyak bahan kimia ini boleh menyebabkan pembekuan darah yang berlebihan disebabkan oleh penumpukan jaringan fibrin dalam badan. Akibatnya, aliran oksigen ke dalam tubuh terhalang dan ini boleh mengganggu proses pengeluaran telur daripada ovarium pada wanita.
Ketidakstabilan dalam pengeluaran telur bulanan boleh berlaku akibat gangguan dalam sistem hormonal yang dipengaruhi oleh pemakanan yang tidak seimbang. Makanan yang mengandungi bahan pengawet dan perasa buatan boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam badan, menyebabkan ketidak konsistenan dalam kitaran haid. Wanita yang mengalami masalah ini mungkin mengalami haid yang tidak teratur atau kadang-kadang haid yang terlalu sedikit atau terlalu banyak.
Sekiranya kita mengambil contoh penggunaan santan dalam masakan harian, kebanyakannya menggunakan santan kotak yang mengandungi bahan pengawet bagi memperpanjang jangka hayat produk tersebut. Pengambilan makanan sebegini boleh dianggap sebagai makanan segera kerana ia disediakan dengan cepat dan mudah. Namun, kita perlu menyedari bahawa penggunaan bahan pengawet dalam makanan juga mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini terhadap kesihatan. Selain itu, makanan dalam tin seperti ayam dan sardin juga mengandungi bahan tambahan yang perlu diambil kira, termasuk aluminium yang digunakan dalam pembungkusan tin.

Dalam usaha untuk mengimbangi pemakanan yang tidak seimbang atau makanan yang mengandungi bahan tambahan yang tidak diingini, pengambilan susu Efferty yang ada kandungan seperti multivitamin dan multimineral boleh membantu untuk menyediakan nutrien yang mungkin kurang dalam pemakanan harian. Efferty boleh membantu memperbaiki kekurangan nutrien dan memastikan badan mendapat bekalan yang mencukupi untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh. Oleh itu, adalah penting untuk mempertimbangkan semula pemilihan makanan harian serta mengambil langkah-langkah untuk memastikan pemakanan yang seimbang dan berkualiti.