Dalaman Wanita, TTC

๐“๐š๐ง๐๐š-๐“๐š๐ง๐๐š ๐Š๐ž๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐“๐š๐ค ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข

Kehamilan ni ibarat tanam pokok. Ada yang tumbuh subur dan berbuah lebat, tapi ada juga yang layu sebelum sempat membesar. Kalau pregnancy tak menjadi, biasanya badan akan bagi โ€˜hintโ€™. Jom check tanda-tanda yang korang kena aware!

1. Cramp Macam Senggugut

Kalau korang rasa cramp teruk macam senggugut yang makin lama makin kuat, itu boleh jadi tanda awal yang kehamilan tak menjadi.

2. Keluar Darah

Kalau spotting sikit-sikit, mungkin normal. Tapi kalau darah keluar banyak, macam daun yang tiba-tiba luruh tanpa sebab, itu tanda ada sesuatu yang tak kena.

3. Keluar Ketulan Darah atau Isi Macam Kulit Ayam

Bila keluar darah ketul atau tisu, itu petanda besar bahawa pregnancy dah tak berjaya bertahan.

4. UPT Bertukar Negatif

Dulu UPT dua line terang, tapi lepas keluar darah ketul, test balik dah tinggal satu line? Maksudnya pregnancy tak melekat kuat, macam benih yang tak sempat bercambah.

5. Kantung Tak Membesar

Scan dah buat, tapi kantung kehamilan tak membesar walaupun dah dua minggu? Petanda janin tidak berkembang mengikut usia sepatutnya.

Kalau korang alami tanda-tanda ni, cepat-cepatlah jumpa doktor. Badan kita ni macam kebun, kena jaga betul-betul supaya subur balik. Jangan sedih kalau pregnancy tak menjadi, sebab selalunya, ada peluang lain untuk tanam โ€˜benihโ€™ baru.

Nak tahu makanan apa yang boleh bantu cegah keguguran berulang? Komen โ€˜Nak Tahu!โ€™ Jangan lupa follow untuk lebih banyak info berguna! ๐Ÿ’•

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into Peopleโ€™s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *