Knock-Knock-Knock! ~
Assalamualaikum! ๐ Dr Rai di sini ~
12 MEI lepas, dah berlangsung sesi SEMINAR 3S – Sihat , Seimbang , Subur mengikut formula saya, Dr Raihana Ismail.
Actually, ni dah kali ke dua sebab sebelum ni seminar pertama kita dekat Shah Alam. So this time, kita buat di Pantai Timur pulak. 20 Mei 2023 akan datang ni, kita akan terbang pergi Kelantan pula. Haa…sabar satu-satu negeri.. Saya nak jadi woner woman terbang 1 Malaysia hihi.

Tema harini serba merah jambu gelap dan hitam. Ada rasa aura-aura tak? ~ ๐
Bersemangat tau saya harini sebab saya tahu ada yang datang dari jauh semata-mata nak hadir ke Seminar 3S ni. Tiket cuma RM10 sahaja. Tempat selesa, sejuk dalam aircond.




Kebanyakan yang hadir pada tarikh ni memang datang secara berpasangan, husband and wife. Nak dapat ilmu dan info mahal macam ni dekat luar sana, sangat susah especially boleh tanya direct dengan saya bermacam-macam soalan yang selama ni berlegar dekat kepala.
Yelah, kadang-kadang bila kita google, jawapan yang keluar tu terlalu general dan akhirnya tak menjawab persoalan kita. So, dengan adanya ruang dan peluang macam ni, harapnya saya dapat bantu ramai wanita bersama suami anda dengan lebih jelas untuk memahami biologi keadaan tubuh lagi-lagi bila tengah ikhtiar hamil ni.
Seminar ni adalah salah satu cara yang saya rasa nak contribute semula kepada masyarakat terutama Pengguna EFFERTY tentang info kesihatan diri berkait perjalanan menimang cahaya mata. Saya faham akan kesibukan suami kadang susah nak luangkan masa, tenaga, duit lagi..so bila ada session one to one macam ni memudahkan anda suami isteri untuk cari gali lebih info yang betul.




Terima kasih kepada team EFFERTY yang bantu menjayakan Seminar 3S ni. Saya happy sangat sebab semua bertungkus-lumus bagi menjayakan visi misi EFFERTY.




Haa..jangan terkejut kalau tengok ada yang datang jugak dalam kalangan Kakak-Kakak dewasa kita. Sebab selain fokus pada solusi ikhtiar hamil, seminar ni juga fokus bagaimana nak sihat dan seimbang hormon juga. Tidaklah semata-mata isi pengisian tentang kesuburan.




Dalam event ni juga, kita ada Dietitians yang akan beri nasihat pemakanan dan juga menjawab pertanyaan bagi yang datang.
Ada check up sekali. Haaa, siapa yang sangkut bacaan gula dalam darah haritu, baik ngaku! ๐
Jangan lupa aware dengan apa yang anda makan ya. Kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian. Nanti dah sangkut macam-macam penyakit memang susah dah nak patah balik sebab habit pemakanan tak jaga dan dah masuk dalam sistem badan.



Haaa..nervous keee muka masing-masing tu hehehe~

Team Efferty pun muka jangan garang sangat, takut :[
Next jelajah SEMINAR 3S dengan saya akan berada di Kelantan pula. Orang Kelantan dialu-alukan untuk datang menimba ilmu dengan tiket serendah RM10 sahaja.
Kalau yang dari negeri lain nak datang pun boleh sangat! Habis Seminar boleh terus pergi berjalan. Ambil angin ๐
Tiket anda boleh terus beli sini: TIKET SEMINAR 3S
Jangan lupa follow FACEBOOK, INSTAGRAM, TWITTER & TIKTOK saya ๐