PCOS

WANITA HIDAP SINDROM OVARI POLISISTIK (PCOS) INGIN HAMIL

Bahagia dan lengkap kan rasa hidup berumah tangga ini jika mempunyai cahaya mata? Namun
hakikatnya, tidak semua pasangan bernasib baik disahkan hamil sejurus selepas berkahwin
kerana ada yang terpaksa menanti dalam tempoh lama…

Bila sentuh tentang masalah sukar hamil ini, tentu umum sudah tahu terdapat pelbagai faktor
yang menjadi penyebab kepada masalah itu. Antara faktor penyebab yang popular kepada
masalah sukar untuk hamil bagi wanita adalah mereka yang mengalami sindrom ovari polisistik
(PCOS). Walaubagaimanapun, ada juga wanita yang mempunyai sindrom ini berupaya untuk
hamil secara semula jadi tanpa bantuan rawatan kesuburan.

Dianggarkan di antara 22 dan 33 peratus wanita yang mempunyai sindrom ovari polisistik
(PCOS) hingga menyebabkan masalah ketidaksuburan. Sindrom ovari polisistik (PCOS) ini
berlaku apabila keadaan kilang telur atau ovari seseorang wanita menjadi bengkak disebabkan
benih terperangkap di dalamnya dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Keadaan ini akan
membuatkan ovari membengkak dan menyebabkan berlaku masalah kesuburan dan gangguan
kitaran haid. Sindrom ovari polisistik (PCOS) berlaku apabila sistem hormon menjadi tidak
stabil, membuatkan ovulasi menjadi jarang atau tidak tetap, dan menyebabkan perubahan –
perubahan lain dalam badan. Selain itu, Wanita yang mempunyai sindrom ovari polisistik
(PCOS) mempunyai tahap hormon – hormon pituitari luteinizing (LH) dan hormon lelaki
(androgen) yang lebih tinggi yang boleh mengganggu fungsi normal ova (telur).

Gejala – gejala bagi setiap wanita yang menghidap sindrom ovari polisistik (PCOS) ini mungkin
berbeza. Ada yang mengalami simptom yang ringan, ada juga yang teruk. Antara simptom
sindrom ovari polisistik (PCOS) adalah seperti kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang
haid terus, obes, ketidakselesaan perut pada tahap ringan hingga pertengahan atau darah yang
keluar semasa haid sangat sedikit atau sangat banyak.. Kalau nak tahu, sindrom ovari polisistik
(PCOS) ini boleh menyebabkan dinding rahim menjadi terlebih tebal. Sepatutnya dia jatuh
sebagai darah haid. Tapi tak turun – turun darahnya. Bahaya tau! Situasi ini kita panggil
“endometrial hyperplasia” yang berisiko berubah jadi kanser rahim.. Takut kan??

Walaubagaimanapun, anda jangan risau, jika sudah tertulis rezeki untuk menimang cahaya
mata, maka percayalah dengan rezeki itu. Selain mendapatkan rawatan kesuburan, terdapat
juga cara lain bagi membantu anda mendapatkan zuriat. Antaranya ialah;

  1. Menjaga berat badan secara ideal. Berat badan yang tidak ideal akan mengakibatkan
    ketidakseimbangan hormon, sehingga dapat mempengaruhi ovari anda. Memiliki indeks massa
    tubuh (BMI) yang ideal dapat membantu menyeimbangkan kadar hormon dalam tubuh badan,
    mengurangkan kadar hormon insulin yang tinggi serta dapat membantu proses ovulasi. Jadi,
    turunkan lah berat anda (sekiranya perlu) sebagai langkah pertama elak PCOS.
  2. Bersenam! Rajin – rajin lah bersenam bagi meningkatkan peluang kehamilan untuk wanita
    yang mempunyai masalah kesuburan. Kalau nak tahu, bersenam dapat menurunkan kadar
    insulin dalam tubuh badan serta dapat menjaga berat badan secara ideal. Ini sangat duperlukan
    bagi wanita yang menghidap sindrom ovari polisistik (PCOS). Antara senaman yang boleh
    dibuat seperti jogging, pilates atau yoga.
  3. Pengambilan makanan yang kaya dengan nutrisi sangat penting bagi anda yang menghidap
    sindrom ovari polisistik (PCOS). Wanita yang menghidap sindrom ovari polisistik (PCOS) sebaik-baiknya mengambil sayur – sayuran hijau dan buah – buahan untuk memastikan keperluan mineral tubuh mencukupi. Selain itu, jangan menunggu tubuh badan memberikan signal lapar. Makanlah dengan durasi yang konsisten dan teratur.
  4. Pengambilan ubat – ubatan. Jenis ubat kesuburan yang disebut clomifene dan metformin
    dapat mendorong terjadinya ovulasi. Jika tidak berhasil, gonadotrofin juga disarankan.
  5. Selain pengambilan ubat, doktor juga akan menyarankan anda untuk melakukan in vitro
    fertilization (IVF). Selama proses ini berlangsung, anda akan diberi ubat untuk merangsang
    banyak telur yang tumbuh dan matang. Telur – telur yang telah matang ini seterusnya akan
    digabungkan dengan sperma (melalui pembedahan) untuk dapat proses persenyawaan dalam
    tabung uji yang akan ditempatkan di makmal khusus.

Insha Allah, semua wanita yang menghidap sindrom ovari polisistik (PCOS) diberikan peluang
untuk menimang cahaya mata sekiranya dirawat dengan memberi ubat yang betul dan sesuai
dengannya. Selain itu, jangan risau, wanita yang berusia yang menghidap sindrom ovari
polisistik (PCOS) juga mempunyai peluang untuk hamil kerana telurnya masih banyak. Jangan
cepat beranggapan bahawa anda mandul atau mempunyai masalah kesuburan. Dapatkan dulu
diagnosis dari pakar tentang faktor anda sukar untuk hamil.

Apa EFFERTY boleh bantu anda?? Dapat mengawal glukosa dalam darah yang menjadi punca
kepada PCOS, meningkatkan potensi persenyawaan telur matang dan sperma, menguatkan
dinding rahim untuk penempelan janin dan banyak lagi tau! Yang paling best, EFFERTY berikan
VIDEO IKHTIAR HAMIL DARI RUMAH dan EBOOK PEMAKANAN KESUBURAN sebagai
panduan anda yang bernilai RM200 SECARA PERCUMA! Cepat tunggu apa lagi??

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *