Lalu jugak artikel pasal food poisoning tu…
Yang ramai dah complaint lepas makan… ramai kena food poisoning. Cirit berlari, muntah bertubi. Sampai kena drip. Siap ada yang warded.
Elakkan lah beli kalau seller tak ada suntikan typhoid, kursus pengendalian makanan pun tak ambil.
Food poisoning ni bukan benda main-2 yeee 🫡.
Bukan setakat cirit dengan muntah, tapi boleh bawa kepada dehidrasi teruk, komplikasi buah pinggang, malah maut. Jangan buat main-main dengan makanan yang tak selamat.
Kalau seller tak jujur dalam hal-2 penting, susah nak yakin dia jujur dalam bab kebersihan makanan. Kalau saya, I don’t buy from red flags. Sebab saya sayang usus saya. Islam ajar jaga kebersihan, jaga amanah, termasuk amanah bagi orang makan.
Bila orang jual makanan, dia bukan jual makanan tu je, dia jual tanggungjawab. Dan kita sebagai pembeli pun ada tanggungjawab: guna akal, bukan ikut nafsu perut.
Kita tak boleh kompromi bab kebersihan makanan, walaupun yang jual tu viral, lawa, atau popular.
Kita makan untuk hidup sihat, bukan jadi mangsa marketing.
Reminder: Fikir Dulu Sebelum Kunyah.