Hari ini saya nak kongsikan kisah inspirasi seorang pengguna Efferty, Nur Jannah dari Banting, Selangor. Alhamdulillah, beliau baru sahaja tamat tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya. Apa yang menarik, perjalanan beliau sebagai seorang PCOS fighter yang akhirnya berjaya TTC (trying to conceive) memang sangat menyentuh hati.
Nur Jannah mula mengenali Efferty tahun lepas, melalui TikTok. Katanya, siapa je tak layan TikTok sekarang, kan? Tapi sebelum tu, beliau sebenarnya dah mula buat sedikit research tentang PCOS. Dia Google sendiri bahan-bahan yang bagus untuk membantu wanita dengan PCOS. Masa tu, nama Efferty naik sebab produk ni ada inositol, salah satu bahan yang sering dikaitkan dengan kesihatan hormon dan PCOS.
Beliau pun cuba beli satu jar Efferty untuk ikhtiar. Tak sempat pun nak habiskan jar kedua, Alhamdulillah, Nur Jannah dapat berita gembira โ beliau disahkan hamil! Selepas pernah mengalami keguguran sebelum ini, berita ni memang buat beliau sangat bersyukur. Saya masih ingat dia cerita, masa tu dia tengah balik kampung, berhenti di R&R, terdetik hati nak beli pregnancy test. Bila check, double line! Tapi kali ni, beliau dan suami ambil keputusan untuk rahsiakan dulu selama dua bulan, untuk memastikan kandungan betul-betul kuat.
Apa yang lebih mengagumkan, selepas follow-up dengan doktor, cysts yang dulu ada 20 biji di kedua-dua ovari beliau semuanya dah hilang. Doktor pun terkejut, dan Nur Jannah sangat bersyukur sebab PCOS beliau dah semakin baik.
Pada 9 September lepas, Nur Jannah selamat melahirkan anak lelaki yang sihat, diberi nama Jebat Haider. Walaupun pengalaman pertama bersalin, prosesnya sangat dipermudahkan. Beliau sepatutnya menjalani prosedur induksi, tapi malam sebelum itu, bukaan berlaku secara semula jadi, dan dalam masa 30 minit sahaja, lahirlah cahaya mata sulung beliau.
Apa yang lebih menarik, sehingga kini Nur Jannah masih setia consume Efferty, tapi kali ini sebagai milk booster pula. Sebagai ibu pertama kali, memang cabaran nak maintain susu badan, tapi katanya Efferty banyak membantu. Setiap ibu ada journey masing-masing, dan bagi Nur Jannah, Efferty memainkan peranan besar dalam perjalanan kehamilan dan penyusuan beliau.

Nasihat Nur Jannah kepada wanita lain yang sedang TTC atau ada PCOS? Jangan putus asa. Yang paling penting, tahu dulu apa masalah kesihatan kita. Contohnya macam beliau, lepas tahu ada cyst, barulah beliau ikhtiar dengan produk-produk yang sesuai, termasuk Efferty.
Kisah ini adalah bukti bahawa dengan usaha, doa, dan ikhtiar yang betul, insyaAllah, rezeki itu pasti ada. Jangan berhenti berharap, kerana setiap perjalanan itu berbeza, tetapi semuanya berharga.