SEMINAR 3S

3 Tips Penting Masa Period Supaya Haid Lawas, Lancar, dan Tak Senggugut Teruk

Hello you! Kalau you tengah struggle dengan masalah period tak lancar, darah tersumbat-sumbat, atau senggugut yang buat you tak senang duduk, don’t worry, saya nak share 3 tips mudah untuk bantu you rasa lebih selesa masa “cuti” ni.

  1. Kurangkan Stres

Stres ni memang punca banyak masalah, termasuklah haid tak lawas. Kenapa? Sebab hormon stres dan hormon kesuburan ada “kilang” yang sama – iaitu dekat atas buah pinggang (kelenjar adrenal). Bila you stres, sama ada emosi, fizikal, atau melalui makanan, badan you akan prioritize untuk “survive” daripada nak jaga sistem pembiakan. Jadi:


• Kurangkan stres emosi: Jangan tengok drama sedih sangat. Layanlah cerita happy-happy, yang ringan-ringan je.
• Stres fizikal: Jangan over-exercise. Bila terlalu aktif, hormon cortisol naik, oksigen dan glukosa banyak supply ke otot. Akibatnya, kilang telur kurang bekalan untuk persediaan ovulasi selepas period.
• Stres dari makanan: Elak makanan tinggi pengawet macam sos-sos tu. Pengawet ni menghasilkan fibrin yang buat sel darah merah bergumpal, aliran darah jadi pekat, dan darah haid tersangkut-sangkut atau hitam.

  1. Minum Air Masak Cukup-Cukup

Masa period, badan you kehilangan banyak darah dan cecair. Kalau kurang minum air, toksin susah nak keluar, dan aliran darah pun boleh jadi perlahan. Formula mudah: berat badan you bahagi 25, itulah jumlah liter air yang perlu you minum. Contoh: berat 50 kg, minum sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kalau you jenis mudah berpeluh, tambah sikit air masak. Tapi, kalau ada masalah kesihatan seperti buah pinggang atau jantung, rujuk doktor dulu, ya!

  1. Amalkan Nutrisi Tambahan

Masa period ni, badan you perlukan nutrisi yang membantu aliran darah lancar, contohnya vitamin K dan makanan beralkali. Nutrisi ni juga penting untuk elak kolesterol jahat yang boleh sebabkan darah tersumbat. Kalau tak tahu nak ambil apa, boleh cuba Efferty. Ada pelbagai flavor seperti coklat, strawberi, madu kurma, dan semua ni lengkap dengan nutrisi asas. Bestnya, bakal pengantin atau anak dara pun sesuai minum.

Jadi, jangan biarkan haid kacau mood dan keselesaan you. Cuba tips ni dan share kalau ada perubahan. Kalau nak lagi banyak info tentang kesuburan atau nak cepat hamil, boleh scroll playlist saya. Jangan lupa follow, ya!

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *