Korang tau tak, banyak je vitamin penting untuk kesuburan, tapi kali ni saya nak cerita pasal vitamin paling utama, iaitu Vitamin D. Sebenarnya, ada kajian dari Journal of Fertility & Sterility oleh Dr. Lubna Pal yang tunjukkan, rawatan kesuburan macam IVF lebih berjaya bila digabungkan dengan Vitamin D.
Kulit kita sebenarnya boleh hasilkan Vitamin D secara semula jadi bila kena cahaya matahari. Tapi, ada risiko jugak untuk orang yang selalu duduk dalam rumah, jarang keluar, kulit gelap, atau yang duduk di negara barat dengan musim sejuk yang panjang. Orang-orang ni lebih cenderung untuk alami kekurangan Vitamin D.
Apa jadi kalau kurang Vitamin D? Untuk kanak-kanak, dia boleh menyebabkan kerapuhan tulang, yang dipanggil penyakit rickets. Ada kajian tunjuk, bila kanak-kanak yang ada rickets ni ambil satu sudu besar minyak ikan setiap hari, ia cukup untuk keperluan Vitamin D harian mereka. Jadi, penyakit rickets tu boleh diatasi.
Tapi, macam mana pula dengan orang dewasa, terutama wanita? Kita kena tahu dulu fungsi Vitamin D ni. Vitamin D diperlukan untuk penyerapan kalsium dan phosphorus supaya tulang kita boleh berkembang dengan baik. Vitamin D juga membantu fungsi thyroid, kelenjar yang mengawal banyak hormon dalam badan kita. Ia juga penting untuk pembahagian sel yang cantik, terutama masa proses persenyawaan dan penempelan di dinding rahim.
Masalahnya, Vitamin D ni mudah hancur. Walaupun kita terdedah dengan cahaya matahari, masalah kita adalah kita selalu makan makanan yang tinggi pengawet. Makanan berpengawet ni boleh merosakkan Vitamin D dan menyebabkan thyroid kita lesu. Akibatnya, metabolisme kita menurun, berat badan cepat naik, dan kilang telur wanita tak dapat berfungsi dengan baik.
Untuk wanita, terutamanya yang tengah fasa subur dan nak cuba hamil, Vitamin D perlu ada dalam darah sebanyak 40-60 nanogram per ml. Kalau cukup, maknanya wanita tu subur. Wanita perlukan sekurang-kurangnya 2000 international unit Vitamin D sehari. Jadi, korang tak perlu susah-susah nak ambil versi pil. Selain Vitamin D, korang juga perlukan folic acid untuk jaga kualiti kromosom, genetik, DNA, sperma, dan ovum, serta selenium, zinc, dan magnesium. Semua ni ada dalam setiap sachet susu Efferty.
Jadi, untuk korang yang baru nak mula, boleh try mana-mana flavor: Coklat, Strawberry, atau Madu Kurma. Setiap flavor sama je formula dia. Minum setiap pagi sebelum sarapan dengan air sejuk.
Sambil-sambil berikhtiar tu, jangan lupa follow akaun ni.