LELAKI TTC

Tahap morfologi sperma suami tinggal 1%?

Tahap morfologi sperma suami tinggal 1%? Jangan panik, masih ada jalan untuk perbaiki. Sebelum tu, jom kita faham sikit apa maksud morfologi sperma ni.

Morfologi ni kira rupa bentuk sperma. Sperma yang sihat rupa dia macam berudu – kepala bulat elok (bawa DNA bayi), leher penuh tenaga (dari mitokondria), dan ekor yang berenang macam atlit Olimpik.

Kalau bentuk dia pelik-pelik, contohnya kepala tak elok atau ekor bercabang, memang susah nak sampai telur. Malah, risiko genetik pun boleh terganggu.

Jadi, macam mana nak naikkan peratusan sperma yang normal, dari 1% ke 4%-14%?

Pertama, suami kena rajin gerak. Jalan cepat-cepat (brisk walk) boleh bantu darah jalan lancar dan kurangkan stres. Kalau boleh, jangan tidur lewat. Bukan kulit je dapat manfaat, hormon kortisol dan testosteron pun jadi stabil.

Bab makan pula, suami kena lebihkan makanan yang tinggi antioksidan. Buah-buahan, sayur-sayuran – semua ni memang power untuk lindungi sperma dari rosak.

Cuba juga minum campuran kunyit, halia, atau kulit kayu manis – senang je nak buat. Kalau malas, cari makanan kaya zinc macam makanan laut, kekacang, dan bijirin penuh.

Dan kalau suami suka manis-manis sikit, susu Efferty Coklat Cinnamon pun ok – siap ada zinc, magnesium, dan asid folik sekali. Sambil sedap, sambil berkhasiat.

Tapi ada juga benda yang suami kena elak. Makanan tinggi trans fat macam roti canai, donat, atau makanan segera macam sosej, mi segera, jajan tu semua, bye-bye dulu.

Makanan panas dalam plastik pun tak elok sebab boleh lepas bahan kimia bahaya. Kalau ada ambil suplemen, pastikan yang berdaftar dan tak ada steroid tersembunyi.

Kadang-kadang suplemen yang bagi rasa bertenaga tu sebenarnya rosakkan sperma secara senyap.

Selain tu, cuba kurangkan pendedahan kepada bahan kimia atau radiasi. Kalau kerja di tempat macam kilang kimia atau kedai minyak wangi, pastikan ada langkah perlindungan.

Sedikit usaha boleh buat perubahan besar, tahu? ^_^

Ingat, semua ni bukan saja untuk suami tapi juga untuk masa depan keluarga. Jadi, jaga kesihatan, saling support, dan share ilmu ni dengan pasangan. Semoga rezeki zuriat menyebelahi anda. Ingat, “sperma pun nak disayang, bukan setakat badan je!”

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into People’s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *