SIHAT SEMASA HAMIL

Anda Tak Perasan? Ini Kesilapan Ramai Wanita Bila Kira Usia Kandungan!

Untuk kira usia kandungan, senang je sebenarnya. Selalunya kita kira dari hari pertama haid terakhir (last period). Kiranya, bila datang je haid, kita dah mula kira minggu kandungan. Kalau haid kita teratur, maknanya tiap-tiap bulan datang on time, kita boleh anggarkan usia kandungan ikut tarikh tu. Biasanya, bila sampai bulan kedua atau ketiga, dah boleh agak dah berapa minggu kandungan tu.

Tapi kalau haid tak teratur, lain sikit cara kira. Sebab kadang-kadang susah nak teka bila ovulasi berlaku. Jadi, apa yang biasa kita buat ialah doktor akan suggest untuk scan. Scan ni penting untuk dapatkan anggaran lebih tepat usia kandungan. Melalui scan, kita boleh tengok saiz bayi dan dari situ, doktor boleh bagi tahu usia kandungan dengan lebih tepat, biasanya ikut perkembangan baby tu.

Biasanya saya akan cadangkan, kalau haid tak teratur atau kita tak pasti, terus je buat scan. Lagi awal kita tahu, lagi bagus untuk monitor perkembangan kandungan dan pastikan semuanya okay sepanjang kehamilan.

Ni la cara mudah kira usia kandungan, tak kira haid teratur atau tak.

About Author

Knock-Knock-Knock! Dr. Rai di sini :)

Saya adalah Pengasas kepada Efferty International Sdn Bhd. Saya juga adalah graduan daripada program Ijazah Sarjana Muda Perubatan di Crimea State Medical University, Ukraine.

To Bring Joy into Peopleโ€™s Life - visi utama saya.

Jom join cerita saya dalam blog ni untuk happy kan ramai pasangan yang menanti zuriat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *